Siakap Keli
bahaya kolesterol tinggi
Kredit: Bernama

Ramai Tak Sedar Paras Kolesterol Tinggi, Doktor Dedah Bahaya Menanti

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai Tak Sedar Paras Kolesterol Tinggi, Doktor Dedah Bahaya Menanti

Orang ramai biasanya mengaitkan kolesterol dengan obesiti dan berpendapat mereka yang bertubuh lebih berisi atau gempal mempunyai paras kolestrol yang lebih tinggi.

Hakikatnya, tahap kolesterol pada seseorang individu tidak boleh ditentukan dengan hanya melihat pada paras luaran mahupun usia.

Berdasarkan perkongsian daripada Dr. Iskandar Mirza (@DIskandarmirza), empat dari sepuluh rakyat Malaysia mengalami masalah tinggi kolesterol.

Lagi dahsyat, satu per empat daripada rakyat Malaysia tidak tahu mereka mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam darah. 

Bahaya menanti jika paras kolesterol tinggi

ldl kolesterol
Kredit: X  

Sebelum kita mengupas lebih lanjut, jom kita fahami istilah LDL terlebih dahulu.

Lipoprotein Ketumpatan Rendah (LDL) merupakan kolesterol tidak baik dan membentuk sebahagian besar kolesterol dalam badan anda.

Menurut Hello Doktor, LDL diketahui sebagai kolesterol jahat yang terkumpul di dinding arteri, menyebabkan arteri anda menjadi keras dan sempit.

Secara ringkasnya, semakin tinggi kandungan LDL dalam badan, semakin tinggi tahap pemendapan plak-plak bahan berlemak pada dinding arteri.

Berapakah tahap keseriusan penyakit  jantung dan strok di Malaysia?

Berbalik kepada kupasan kita, ujar Dr. Iskandar, penyakit jantung merupakan punca utama kematian di Malaysia iaitu merangkumi kira-kira 17 peratus.

Hal ini diikuti dengan penyakit lain iaitu jangkitan kuman pada paru-paru yang membawa kepada 11.4 peratus dan strok yang menyumbang sebanyak 8.3 peratus.

ldl kolesterol
Kredit: Jabatan Perangkaan Negara

Untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan strok, paras LDL harus dikurangkan kepada paras yang  lebih rendah. Kajian menunjukkan, dengan hanya penurunan 1 mmol/L LDL, risiko penyakit kardiovaskular berkurangan sebanyak 22 peratus.

Jadi, berapakah paras LDL yang sesuai dan selamat untuk tubuh badan?

Untuk mengetahui berapakah paras LDL yang bersesuaian dengan tubuh badan anda, anda perlu berjumpa dengan doktor. Hal ini kerana, paras LDL yang selamat bergantung kepada profil risiko pesakit masing-masing.

bahaya kolesterol tinggi
Kredit: X

Oleh itu, bagaimanakah cara untuk mengurangkan paras kolesterol dalam badan anda? Dr. Iskandar berkata bahawa paras LDL boleh dikawal dengan mengamalkan  pemakanan sihat, sentiasa aktif bersenam dan mematuhi arahan pengambilan ubat.

Manakala, merokok pula dapat meningkatkan risiko peningkatan paras LDL dalam badan manusia.

bahaya kolesterol tinggi
Kredit: X

Secara umumnya, risiko untuk wanita mendapat penyakit jantung adalah 10 tahun lebih lambat dari lelaki. Sungguhpun begitu, wanita mempunyai profil risiko lagi tinggi dan prognosis lebih teruk jika mendapat serangan jantung berbanding lelaki.

Kredit: X

Masalah psikologi telah memainkan peranan penting bagi meningkatkan risiko wanita mendapat serangan jantung. Ha ini demikian kerana, masalah seperti stress kronik, keresahan, dan kemurungan boleh meningkatkan risiko tersebut.

bahaya kolesterol tinggi
Kredit: X

BACA: Rasa Istimewa, Abang Ni Payung Cara Buat Air Sirap Kenduri

Sumber: @DIskandarmirza via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.