Siakap Keli
Gambar: _zatybend via TikTok

Resipi Chicken Chop Homemade, Ada Kentang Dan Coleslaw Juga Tau!

Resipi Chicken Chop Homemade, Ada Kentang Dan Coleslaw Juga Tau!

Kebanyakan rakyat Malaysia kebiasaannya menggemari lauk-pauk Melayu, kan? Ada juga yang suka makanan Cina atau India yang sedap-sedap. Kadang-kadang, pasti akan ada yang teringin makanan ala-ala masakan Itali dan juga makanan barat kan?

Makanan barat yang paling digemari ramai adalah chicken chop. Keenakan ayam yang garing dengan isi yang lembut, ditambah pula dengan kuah blackpepper yang pekat. Tidak lupa juga coleslaw dan mashed potatoes sebagai pelengkap chicken chop.

Sekiranya anda rasa seperti tidak mahu mengeluarkan duit untuk makan chicken chop dikedai, anda boleh ikuti resipi chicken chop homemade ini! Jangan risau, ada juga resipi untuk buat mashed potatoes dan coleslaw sekali!

Chicken Chop

Bahan utama sudah semestinya ayam, jadi sediakan bahagian ayam yang bersesuaian. Anda juga memerlukan bawang putih yang sudah ditumbuk, sos tiram, sebutir telur yang dipukul dan breadcrumbs.

Cara membuat chicken chop ini sangat mudah. Anda cuma perlu sapu bawang putih, sos tiram dan telur pada ayam. Kemudian, gaulkan pula dengan breadcrubms dan gorengkan ayam itu sehingga masak.

Mashed Potatoes

Bahan yang paling penting adalah kentang, jadi untuk ketang itu anda perlu kukuskannya dulu. Kemudian, barulah anda penyekkan kentang yang sudah dikukus tu. Selepas itu, masukkan susu full cream, garam dan lada hitam.

Gaulkan semua bahan-bahan supaya ia sebati. Selepas dah sebati, dah siap mashed potatoes anda semua! Senangkan?

Coleslaw

Anda memerlukan kubis dan lobak yang dipotong halus. Kalau nak tambah sayuran lain yang bersesuaian pun boleh juga. Pastikan sayur-sayuran ini dibasuh dulu sebelum anda gunakan.

Campurkan mayonis pada sayur-sayuran itu dan gaulkan hingga sebati. Seterusnya, masukkan pula lada hitam, lada putih dan sedikit perahan lemon. Gaulkan semua bahan hingga sekata.

Sos Blackpepper

Kalau makan chicken chop, memang tak lengkap kalau tak ada sos blackpepper, kan? Jadi mari buat sos blackpepper pula.

Anda akan perlukan butter, bawang Holland yang dihiris, satu sudu tepung gandum, secawan air, sos tiram, kicap, blackpepper dan garam.

Cairkan butter atas kuali dan masukkan bawang Holland untuk ditumis. Selepas itu, masukkan pula tepung gandum, air, sos tiram dan kicap. Kemudian, masukkan juga blackpepper dan garam. Gaulkan sehingga sebati dan biarkan ia masak sehingga mendidih.

Seterusnya, masukkan kuah blackpepper itu ke dalam mesin pengisar dan kisarkan. Selepas dikisar, barulah anda tuangkan ke dalam bekas yang bersuaian.

Semuanya dah siap, kan? Jadi, anda bolehlah hidangkan chicken chop yang sudah digoreng tadi bersama coleslawmashed potatoes dan sos blackpepper yang sudah dibuat itu.

Terpulang kepada anda untuk buat yang mana satu dulu. Sekiranya anda mahu makan chicken chop itu panas-panas, anda bolehlah gorengkan ayam selepas anda selesai siapkan yang lain-lain itu.

Selamat mencuba!

@_zatybend

Replying to @user6937310016528 Healing seorang isteri bila berada di dapur tanpa diganggu 😚 Chicken chop sepantas kilat buat dinner suamiku ❤️ Anak tido time ni so cecepat lah masak lakiku nk mkn ciken chop katanye 🤣 #chickenchop #resepichickenchop #resepichickenchopkhairulaming #resepisuamiisteri #airtanganisteri

♬ Rasa Cinta Ini – Ghea Indrawari

Sumber: _zatybend via TikTok

BACA JUGA: Sah, Kung Fu Panda 4 Akan Ditayang Tahun Depan

Nurul Alya