Siakap Keli
Gambar: Kung Fu Panda via Facebook

Sah, Kung Fu Panda 4 Akan Ditayang Tahun Depan

Sah, Kung Fu Panda 4 Akan Ditayang Tahun Depan

“Yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a gift. That is why it is called the present,” itulah antara petikan paling terkenal bagi filem siri animasi Kung Fu Panda. Kata-kata itu diucapkan oleh Master Oogway dalam filem yang pertama.

Siapa saja yang tidak mengetahui filem animasi ini? Ia merupakan filem animasi yang sesuai ditonton oleh semua orang. Pada filemnya yang pertama, para penonton telah diperkenalkan dengan watak Po, iaitu seekor panda yang mempunyai cita-cita untuk belajar Kung Fu.

Kebanyakan orang amatlah menggemari siri filem ini dan rata-rata semuanya teruja apabila mendapati bahawa siri animasi itu akan mengeluarkan filem mereka yang terbaru! Kalau nak tahu, filem Kung Fu Panda 4 akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Setakat ini, masih lagi tiada sebarang informasi mengenai tarikh yang tetap untuk tayangan filem itu. Apa yang diketahui melalui perkongsian laman Facebook Kung Fu Panda adalah, sebuah poster yang menunjukkan gambar watak-watak yang akan ditayangkan dalam filem terbaru.

Dalam poster tersebut, sudah tentu watak utamanya, Po, akan berada di dalamnya. Dia ditemani oleh Master Shifu yang merupakan gurunya sebelum ini. Terdapat juga watak Mr.Ping yang merupakan bapa angkat kepada Po yang telah menjaganya sejak kecil. Tidak lupa juga watak Li Shan, iaitu bapa kandung kepada Po.

Gambar: Kung Fu Panda via Facebook

Selain itu, dalam poster tersebut terdapat watak Tai Lung yang merupakan watak antagonis dalam filem yang pertama. Dalam filem itu, Tai Lung telah melarikan diri dari sebuah penjara dan menyerang ahli kumpulan The Furious Five sebelum dia dikalahkan oleh Po.

Filem Terbaru

Dalam trailer Kung Fu Panda 4 yang dikeluarkan, Po bakal menempuhi musuhnya yang terbaru iaitu Chameleon. Selain musuh baru, dia juga akan ditemani dengan rakan-rakan baru yang akan membantunya. Agaknya, apa lagi yang akan ditunjukkan kepada para penonton?

Yang pasti, seperti filem-filemnya yang lain, filem terbaru itu juga akan mempunyai teladan yang boleh diikuti oleh penonton-penontonnya, terutama sekali, kanak-kanak. Mungkin kebanyakan orang akan menganggap filem animasi itu hanyalah sekadar hiburan semata.

Namun, tidak dinafikan bahawa daripada filem yang pertama, sehinggalah yang ketiga, filem-filem itu mempunyai banyak nasihat yang boleh digunakan dalam kehidupan anda semua.

Mari kita sama-sama nantikan Kung Fu Panda 4 ini! Boleh juga tonton trailer dulu di bawah ini:

Sumber: Kung Fu Panda

BACA JUGA: “Mekyun Kecek Bahasa Gapo Dale Rumoh Ni?” Keluarga Amoi Kelate ‘Tapau’ 5 Bahasa

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: