Siakap Keli
ibnor riza meninggal dunia
Kredit: Sinar Harian

Penyanyi Ibnor Riza Meninggal Dunia

Penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) hari ini, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, Ibnor atau nama penuhnya Ibnor Riza Ibrahim, 62, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.30 petang Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan Ibnor telah dimasukkan ke HCTM pada 2 Disember lalu bagi menjalani pembedahan untuk mengeluarkan cecair di kepalanya.

Bagaimanapun, memetik beberapa laporan media Ibnor tidak menyedarkan diri selepas pembedahan dilakukan.

Sementara itu, pada Rabu lepas, isterinya, Sarimah Suleiman, 51, mengesahkan suaminya juga berada dalam keadaan yang sama selepas menjalani pembedahan kali kedua susulan terdapat pendarahan pada bahagian kepalanya.

Pada September lalu, doktor turut meramalkan jangka hayat pelantun Mimpi Yang Tak Sudah itu selama enam bulan akibat dia menghidap kanser limfoma tahap empat.

Sebelum ini, media melaporkan seorang akauntan sebuah syarikat swasta ditemukan mati disyaki dibunuh di tepi Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata mayat lelaki berusia 28 tahun itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tidak berpakaian oleh orang awam pada kira-kira 6 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.

“Pemeriksaan awal polis mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada mayat mangsa. Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat yang akan dilakukan esok.

“Semasa ditemukan tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa, namun indentitinya telah dikenal pasti oleh keluarga lelaki itu,” katanya.

Sumber: @SinarOnline/Twitter

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana