Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Setahun Tipu Kerajaan, Bina Plaza Tol Palsu
Sekumpulan lelaki di India dilaporkan telah menipu kerajaan selama lebih setahun dengan menubuhkan plaza tol palsu di lebuh raya untuk mengutip wang secara haram daripada pengguna jalan raya, lapor NDTV.
Plaza tol palsu yang berada di lebuh raya Bamanbore-Kutchitu itu telah dibina di atas sebuah tanah persendirian di Morbi Gujarat yang memintas lebuh raya yang disediakan pihak kerajaan.
Pengurus plaza tol Vaghasia yang tidak diberikan nama berkata pemilik tanah persendirian terbabit secara terbuka telah mengutip ribuan ringgit setiap hari selama setahun setengah.
Lelaki tersebut telah mengalihkan lalu lintas dari laluan sebenar melalui tanah milik sebuah syarikat kilang seramik tertutup dan perkampungan Varghasia.
Bagi menarik pengguna jalan raya untuk menggunakan lebuh raya tersebut, lelaki itu telah mengenakan diskaun sebanyak 50 peratus daripada harga biasa.
Diskaun tersebut membuatkan pemandu lori mengambil laluan pintas itu tanpa menyedari telah memberikan wang secara haram kepada kumpulan tersebut.
Pihak berkuasa kemudiannya mendapat tahu tentang tindakan terkutuk sekumpulan lelaki itu sebelum melakukan serbuan ke atasnya.
“Kami menerima maklumat bahawa beberapa kenderaan sedang dilencongkan dari laluan sebenar plaza tol Varghasia dan cukai tol sedang dikutip.
“Polis dan pegawai lain tiba di lokasi untuk menyiasat dan memfailkan aduan terperinci,” kata majistret daerah Morbi, GT Pandya.
Polis kemudiannya mendaftarkan aduan terhadap pemilik syarikat kilang seramik berkenaan dan kakitangannya.
Menurut sumber pegawai, ‘orang kuat’ di kawasan itu telah memeras wang daripada pemandu trak dan memaksa mereka membayar tol di plaza tol palsu itu.
Sumber: NDTV
BACA: Pengguna Lebuh Raya GCE, AKLEH Kini Boleh Bayar Tol Guna Kad Bank