Siakap Keli
tukar engine mounting
Kredit: Drtayar8818/Youtube

Engine Mounting Dah Kena Tukar, Nak Beli Ori Atau OEM? Ini Kata Pomen

Engine Mounting Dah Kena Tukar, Nak Beli Ori Atau OEM? Ini Kata Pomen

Zaman sekarang, ramai yang bercita-cita mahu beli kereta lebih-lebih lagi mereka yang baru menapak dalam alam pekerjaan.

Keperluan untuk membeli kereta ini bergantung kepada individu tetapi biasanya ramai yang beli kereta disebabkan tiada pengangkutan untuk pergi ke kerja dan berjauhan dengan ibu bapa.

Terdapat tiga pilihan yang ada apabila bercakap tentang kenderaan, sama ada beli baharu, terpakai atau beli kereta recond atau nama penuhnya reconditioned. 

Tidak kisahlah mahu beli kereta jenis apa, yang penting sebelum beli ambil tahu dulu tentang kebaikan dan keburukan mengenainya.

Dalam artikel SK kali ini, min akan berkongsi dengan korang apa yang perlu tahu bila beli kereta recond.

BACA: Syarikat Di China Boleh Hidupkan Orang Mati Guna AI

Ini yang perlu tahu kalau beli kereta recond

Menurut pomen dari Dr Tayar, kalau dapat kereta recond yang mileage rendah jangan mudah rasa seronok tetapi jika dapat mileage rendah, keadaan kereta cantik, enjin, gearbox tidak ada masalah itu memang jackpot namun tempoh penggunaan kereta itu juga perlu dilihat.

Katanya, kebanyakan kereta recond yang masuk Malaysia ini umurnya mesti sudah melebihi dua hingga ke lima tahun, selepas tempoh itu mesti ada bahagian yang sudah kena ganti. 

Apabila korang sudah memiliki kereta recond, ada bahagian yang perlu diberikan perhatian iaitu alat ganti mounting versi original (dari pengeluar) atau OEM.

Kredit: Drtayar8818/Youtube

“Tugas mounting ini untuk tampung beban dengan gegaran di bahagian enjin. Bila sudah lama berkhidmat, getah akan menjadi lembik atau lagi teruk getah itu boleh koyak,” jelasnya.

Perkara itu boleh dilihat ketika korang sedang letakkan kenderaan (parking) atau berhenti di lampu isyarat semasa gear di P atau N boleh perasan dekat dashboard atau stereng ada gegaran.

“Atau masa masuk gear hendak jalan, dapat rasa enjin menyentap.

Mounting ini memang kena tukar dan sentiasa ada pilihan, nak pakai yang OEM harga dia separuh lebih murah daripada original.

“Boleh sahaja nak guna mana-mana ikut bajet masing-masing. Waranti OEM pun ada, biasanya tiga bulan,” jelasnya.

Pun begitu, kualiti OEM memang tidak sama, sebagai contoh OEM kalau dapat pakai lebih daripada setahun pun sudah kira bagus.

“Yang original pula boleh tahan tiga hingga ke lima tahun tetapi masalahnya pula yang original ini tiada waranti,” ujarnya.

Setiap alat ganti mempunyai keburukan dan kebaikan yang tersendiri, jadi sebagai pengguna anda sendiri tahu keadaan kewangan masing-masing. Oleh itu, buatlah keputusan yang bijak.

Sumber: Drtayar8818/Youtube

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana