Siakap Keli
Gambar via Steph Morris

Gemar Kasut Sukan, Wanita Jadi Pelukis Sneakers Realistik

Gemar Kasut Sukan, Wanita Jadi Pelukis Sneakers Realistik

Kebanyakan orang mempunyai hobi atau bakat mereka yang tersendiri. Kadang-kala, bakat atau hobi itu boleh menjana pendapatan untuk mereka. Itulah yang dilakukan oleh seorang pelukis dari United Kingdom yang menjadi pelukis sepenuh masa untuk jadikan hasil karyanya sebagai kerjayanya.

Steph Morris merupakan seorang wanita dari United Kingdom dan dia terkenal dengan bakatnya sebagai seorang pelukis dengan karya seni yang amat realistik. Dia mempunyai bakat untuk melukis sneakers dengan sangat teliti sehingga ia dikatakan susah untuk dibezakan dengan kasut yang asli.

Wanita ini sangat menggemari sneakers dan telah menggabungkan minatnya itu dengan bakat melukisnya. Pada mulanya, dia tidak terfikir untuk jadikan lukisannya itu sebagai satu pendapatan untuk dirinya. Dia sebenarnya lebih gemar memakai sneakers kerana mahu menceburi bidang sukan.

Tetapi, akibat beberapa kecederaan yang dialaminya, dia terpaksa memikirkan semula kerjaya hidupnya. Sejak itu, dia mula melukis sesuatu yang amat disukai olehnya iaitu, sneakers. Ia kemudiannya menjadi kerjaya hidup yang baru untuknya.

“Saya sangat menggemari sneakers sejak kecil lagi, jadi menggunakannya dalam karya seni saya adalah sesuatu yang natural untuk saya,”

“Sebenarnya, lukisan Nike Cortez yang saya lukis untuk digantung di dinding yang telah membawa saya ke bidang ini. Ia merupakan kasut kegemaran saya dan saya telah mengumpul beberapa pasang kasut itu sejak kecil,” kata Morris kepada kepada Seven Store.

Ketika dia bekerja sebagai seorang pereka grafik, dia telah mendapat sebuah panggilan daripada Rebook dan dia dijemput untuk sebuah acara Future X Rebook di New York. Oleh kerana dia tidak boleh mengambil cuti dari pekerjaannya, dia memutuskan untuk berhenti bekerja dan menjadi pelukis sepenuh masa.

Steph Morris juga memberitahu mengenai caranya memilih inspirasi untuk melukis.

Menurutnya, “Kebiasaannya, ia daripada kasut yang saya sukai dan dari situ datangnya design, tekstur atau sejarah kasut itu. Bagi saya, tekstur merupakan sesuatu yang saya suka untuk lukis, jadi kebanyakan karya saya akan menunjukkan tekstur itu,”

Karya Seni Steph Morris

Sekiranya anda lihat laman Facebook milik Steph Morris, anda akan mendapati karya-karya yang telah ditunjukkan olehnya. Dia bukan saja melukis kasut, malah terdapat sebuah gambar di mana dia melukis blok lego yang disusun untuk menyerupai logo Louis Vuitton.

Gambar via Steph Morris
Gambar via Steph Morris

Di laman Facebook itu juga, dia telah menunjukkan sebuah lukisan kasut Nike dengan caption “Gambar rujukan vs lukisan”. Walaupun terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua kasut dan lukisan itu, tetapi ia tidak jelas yang mana satu adalah lukisan dan gambar rujukan kasut itu.

Gambar via Steph Morris

Yang paling menakjubkan adalah lukisan-lukisannya itu dilukis menggunakan pensil dan pensil warna sahaja. Dia telah menunjukkan proses lukisannya itu di laman Facebook miliknya. Amat menakjubkan apabila bakat ini dapat membuahkan hasil untuknya.

Sumber: Oddity Central / Steph Morris

BACA JUGA: 10 Chef Anime Terbaik, Makanan Mereka Menggiurkan!

Nurul Alya