Siakap Keli
yakuza jepun tatu
Gambar: BBC & Japan Subculture Research Centre

Kenapa Yakuza Di Jepun Sering Dikaitkan Dengan Tatu? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kenapa Yakuza Di Jepun Sering Dikaitkan Dengan Tatu? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Sebut sahaja kumpulan kongsi gelap atau gengster sememangnya sinonim dengan kumpulan yang dianggap berbahaya kerana mempunyai peralatan tajam dan senjata api.

Hampir setiap kumpulan ini mempunyai nama atau gelaran tersendiri yang menjadi lambang atau identiti sesebuah organisasi gelap itu.

Di negara matahari terbit, terdapat satu kumpulan gengster yang cukup dikenali ramai bahkan sehingga ke luar negara iaitu “Geng Yakuza”. Bukan sahaja digeruni, kumpulan ini juga dikaitkan dengan tatu. Kenapa tatu?

Tentu ramai yang tertanya-tanya mengapa kebanyakan ahli kelab ini mempunyai tatu pada badan mereka? Jadi tanpa membuang masa, mari kita selami kisah menarik ini yang dikongsikan oleh seorang penulis, Zunita Ramli.

Kenapa Yakuza Ada Tatu?

geng yakuza tatu
Gambar: BBC

Dekat Jepun ni, kalau cakap pasal tatu, mesti orang akan kaitkan dengan Yakuza. Kuatnya kaitan tatu dengan Yakuza ni sampaikan dedahkan tatu di kawasan awam pun boleh menimbulkan ketidakselesaan pada orang lain.

Tapi persoalannya, Kenapa Yakuza dikaitkan dengan tatu? 

geng yakuza tatu
Gambar: Body Art Guru

Sebenarnya benda ni bermula sejak dari abad ke 17, di mana ada sekumpulan orang membentuk kumpulan yang bernama ninkyō dantai. Kumpulan ni modus operandi dia adalah menjual barangan yang dicuri.

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

Bila kena tangkap dengan pihak autoriti, mereka ditandakan dengan tatu sebagai penjenayah dan dimasukkan ke dalam penjara. Dari situlah budaya kaitan antara tatu dan Yakuza bermula. 

Menjelang abad ke-18, iaitu semasa era pemerintahan Maharaja Meiji, penggunaan tatu secara rasminya telah diharamkan. Ini menjadikan tatu lebih disanjung oleh golongan Yakuza. Pada mereka, tatu adalah menifestasi apa yang mereka sanjungkan : Keberanian, Kesetiaan, dan Melawan Arus Undang-undang.

Tapi, selepas abad ke-19, tatu sudah tidak lagi diharamkan, cuma stigma kepada tatu ini masih kuat di kalangan masyarakat Jepun. Dah jadi macam “taboo” dekat Jepun.

Sampai sekarang, walaupun tak ada undang-undang rasmi yang mengharamkan penggunaan tatu, tetapi masih banyak papan-papan tanda mengharamkan orang yang ada tatu dari masuk ke tempat-tempat awam macam kolam air panas, waima hotel pun ada yang haramkan orang bertatu masuk ke premis mereka.

Kenapa Mesti Ada Logo Naga?

Gambar: Japan Subculture Research Centre

Menariknya, tatu yakuza ni mesti ada logo naga. Kenapa?

Sebab dalam budaya Jepun, naga adalah penguasa langit, mereka biasanya diletakkan berhampiran bahagian atas badan dalam budaya Yakuza.

Tatu naga Jepun melambangkan pertempuran antara langit dan bumi, yang bermaksud kekuatan dan kesabaran yang hebat.

Sebab tu tatu naga memang sinonim dengan Yakuza

Bukan itu sahaja, dalam Yakuza, corak yang menentukan pangkat dalam Yakuza, bukan berapa penuh tatu. Ada corak tertentu yang menentukan dia ni orang tinggi dalam Yakuza.

Sumber: Zunita Ramli

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?