Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tayar Monorel Terbakar Di Stesen Titiwangsa – Bomba

Iqbal Yasir
tayar monorel terbakar
Gambar: JBPM Kuala Lumpur

Tayar Monorel Terbakar Di Stesen Titiwangsa – Bomba

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengesahkan berlaku kebakaran tayar sebuah monorel di Stesen Monorel Titiwangsa, di sini hari ini.

Jurucakap bomba berkata pihaknya menerima penggilan kecemasan pada 12.57 tengah hari sebelum menghantar lima anggota dan jentera ke lokasi kejadian.

BACA JUGA: Dua Lelaki Maut Dihempap Pokok Tumbang Di Ampang

“Sebaik tiba di lokasi kejadian pasukan bomba mendapati tayar monorel terbakar dan jatuh ke jalan raya. Kebakaran berjaya dipadamkan menggunakan satu aliran daripada pam jentera.

“Bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber: BERNAMA