Siakap Keli
madrasah al fattah terbakar
Gambar: Sinar Harian

Madrasah Al-Fattah Terbakar, 20 Pelajar Sempat Larikan Diri

Madrasah Al-Fattah Terbakar, 20 Pelajar Sempat Larikan Diri

Seramai 20 pelajar Madrasah Al-Fattah terselamat selepas sempat melarikan diri apabila salah sebuah bangunan musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Sungai Batu 19 pada Ahad, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.33 pagi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui, sekitar jam 1.33 pagi pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata pada awalnya pihaknya dimaklumkan dengan kebakaran melibatkan elektrik tetapi selepas 10 minit panggilan tersebut menyatakan bangunan turut terbakar.

Severinus Sainkui berkata beliau telah menggerakkan seramai 14 anggota ke lokasi kejadian.

BACA: Madrasah, Masjid Musnah Terbakar Di Lahad Datu

“Pada mulanya pihak bomba menerima panggilan bahawa berlaku kebakaran melibatkan elektrik, namun kira-kira 10 minit kemudian barulah dimaklumkan kebakaran turut melibatkan bangunan madrasah tersebut.

“Sebaik tiba, sebuah bangunan jenis separuh kekal iaitu tempat pelajar madrasah melakukan aktiviti telah terbakar 100 peratus,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, selepas anggota tiba di lokasi operasai memadamkan api segera dilakukan dengan sumber air terbuka dan jentera bomba.

“Ketika kejadian seramai 20 pelajar sudah keluar dari bangunan tersebut dan pasukan bomba kemudian bertindak mengawal kebakaran.

“Api berjaya dikawal dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.19 pagi,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Dua Beradik Bergaduh, Mayat Ditanam Belakang Rumah

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana