Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
cara siang ikan chopstick
Kredit: Syifa Jamil

Sepantas 5 Saat, Ni Cara Siang Ikan Guna “Chopstick” Mudah Je

Nurhanis

Sepantas 5 Saat, Ni Cara Siang Ikan Guna “Chopstick” Mudah Je

Sebelum kita memasak hidangan yang berkaitan dengan ikan, ayam, udang dan lain-lain, kita pasti kena siang terlebih dahulu.

Kebiasaannya, mak-mak kita mesti akan gunakan pisau atau gunting untuk menyiang ikan, katanya lebih mudah dan cepat.

Sebenarnya terdapat satu cara yang lain, iaitu siang ikan menggunakan penyepit. Ye, penyepit yang biasa masyarakat Cina guna untuk menyuapkan makanan ke dalam mulut.

Kalau nak tahu, penyepit pun ada kegunaan lain iaitu bantu keluarkan isi perut ikan. Teknik ini lebih senang dan yang pasti sangat mudah untuk buang isi.

Menerusi video yang dibuat oleh Syifa Jamil di TikTok, dia berkata untuk buang isi perut ikan hanya perlukan dua barang sahaja.

Barang-barang yang diperlukan adalah penyepit dan juga berus gigi.

Menurutnya, kalau guna penyepit, perut ikan masih lagi solid, tidak lembik dan isi perut juga tidak terkeluar.

Senang cerita, memang cantik kejadiannya kalau siang ikan guna penyepit atau chopstick ini. Mari kita lihat bagaimana caranya di bawah ini.

BACA: Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat

Cara mudah siang ikan guna chopstick

Kredit: Syifa Jamil

Yang pertama, masukkan kedua-dua chopstick ke dalam mulut ikan.

Kemudian pusingkan chopstick tersebut supaya isi ikan terlekat dan memudahkan untuk ditarik keluar.

Kredit: Syifa Jamil

Pastikan tiada satu pun semua isi yang kotor itu tertinggal di dalam perut ikan.

Periksa ikan untuk melihat ia bersih dari segala isi.

Seterusnya, ambil berus gigi dan cuci perut ikan itu.

Kredit: Syifa Jamil

Sekiranya tidak pasti sama ada ia bersih atau tidak, boleh gunting atau guna pisau untuk potong bahagian sisi ikan untuk melihat perutnya.

Kredit: Syifa Jamil

Memang sudah terbukti, cara ini sangat mudah dan paling senang untuk mencuci ikan. Bukan sahaja cepat tetapi perut ikan juga bersih.

Jadi, anda semua lebih suka menyiang ikan guna peralatan apa? Pisau atau gunting atau chopstick yang menjadi pilihan.

Tidak kisahlah guna yang mana sekali pun tetapi pastikan ikan tersebut bersih dari segala kotoran sebelum masak.

Kalau malas nak lagi mudah boleh sahaja minta tolong dengan penjual ikan itu untuk siangkan ikan yang dibeli. Mudah dan tidak membazir masa.

Semoga bermanfaat!

Sumber: @bizdee/TikTok via Syifa Jamil