Siakap Keli
kanak-kanak perempuan maut
Gambar: Astro Awani

Kemalangan Dua Kenderaan, Kanak-Kanak Perempuan Dilapor Maut

Kemalangan Dua Kenderaan, Kanak-Kanak Perempuan Dilapor Maut

KEMAMAN — Seorang kanak-kanak perempuan berumur setahun lapan bulan dilaporkan maut dalam nahas dua kenderaan berhampiran susur keluar Plaza Tol Kerteh, Lebuhraya Pantai Timur (LPT2), lapor Astro Awani.

Difahamkan, kemalangan itu berlaku sekitar jam 8 malam Isnin membabitkan sebuah Perodua Kancil dan Perodua Alza di kilometer 323.4.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, mangsa telah dibawa dan dirawat di Unit Kecemasan Hospital Dungun namun disahkan meninggal dunia pada pukul 9.40 malam.

Tambah Hanyan, Perodua Kancil yang dinaiki mangsa bersama nenek dan tiga adik-beradiknya ketika kejadian dalam perjalanan dari Bandar Cheneh Baru menghala ke Setiu.

Bagaimanapun, bapa mangsa yang memandu kenderaan itu secara tiba-tiba menukar haluan ke lorong kanan ekoran lorong kiri ditutup kerana jalan rosak.

Sementara itu, Perodua Alza yang datang dari arah belakang difahamkan gagal mengelak lalu melanggar bahagian kanan belakang kereta terbabit sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan.

Berikutan itu, abang mangsa mengalami patah kaki kiri sementara empat yang lain termasuk pemandu Perodua Alza tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun bagi proses bedah siasat. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA JUGA: Kenapa Yakuza Di Jepun Sering Dikaitkan Dengan Tatu? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Kanak-Kanak 7 Tahun Maut & Bayi 6 Bulan Parah Kereta Dipandu Ibu Terbabas

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut dan bayi enam bulan cedera parah selepas kereta dinaiki bersama empat keluarganya terbabas, lapor Sinar Harian.

Kejadian berkenaan berlaku di Kilometer 57, Jalan Lipis ke Merapoh, Central Spine Road (CSR), kira-kira 6 petang pada Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Nor berkata kejadian dipercayai berpunca daripada kereta yang dipandu ibu mangsa hilang kawalan selepas siasatan awal dilakukan.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Sumber: Astro Awani

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?