Siakap Keli
nur damia ditemukan
Gambar: Ihsan Pembaca via Sinar Harian

Mayat Nur Damia Ditemukan Pagi Ini

Mayat Nur Damia Ditemukan Pagi Ini

RANTAU PANJANG — Mayat Nur Damia Qaisara Mohd Sabre yang dikhuatiri hilang selepas terjatuh ke dalam alur sungai di Kampung Petai Dusun pada Ahad akhirnya ditemukan, lapor Sinar Harian.

Sekitar jam 7 pagi tadi, mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui di kawasan kebun kelapa sawit iaitu satu kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Menurut ahli keluarganya, Faizol Samsudin, 38, seorang penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan menemukan mayat pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Baroh Pial terbabit.

“Jenazahnya telah dibawa pulang ke rumah untuk tindakan lanjut,” katanya.

BACA JUGA: Banjir: 18,735 Mangsa Dipindahkan Ke PPS Di Empat Negeri

Sebelum ini, rakan mangsa, Siti Aisyah Mazi dilaporkan meninggal dunia manakala mangsa hilang dan masih belum ditemukan dalam satu insiden pada jam 6.30 petang.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah, penduduk telah bertindak menyelamatkan Siti Aisyah dan membawanya ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Walau bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

Maklumat awal mendapati, kedua-dua mangsa telah bermain air banjir dan tergelincir sebelum dibawa arus.

Dalam pada itu, keadaan banjir di Kelantan semakin membimbangkan apabila seramai 12,572 orang telah dipindahkan setakat pagi ini.

Memetik laporan Sinar Harian, antara tujuh daerah yang terkesan ialah Pasir Mas, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah, Machang dan Kota Bharu.

Manakala, hasil semakan di laman web Public Infobanjir mendapati bahawa terdapat empat sungai di negeri itu telah melebihi tahap bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Golok, Sungai Kelantan di Kuala Besar dan Sungai Galas di Chegar Lapan.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?