Ini Sebab Anda Perlu Tukar Kepada Kereta Elektrik
Selepas kemasukan secara rasmi jenama seperti BYD dan Tesla ke pasaran Malaysia, pasaran kereta elektrik semakin hangat di Malaysia. Harga yang ditawarkan juga mampu bersaing dengan kereta-kereta enjin petrol membuatkan pembeli berfikir dua-tiga kali.
Bila benda baru ni, memang kita risau nak bertukar dari petrol ke kereta elektrik. Antara kerisauan yang timbul adalah stesen pengecasan dan jarak yang mampu dilalui oleh sebuah kereta elektrik. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Faisal berkongsi pengalaman beliau selepas bertukar ke kereta elektrik yang sebelum ini tak pernah terfikir untuk beli.
Menurut Faisal, beliau seorang yang suka memandu dalam jarak yang jauh. Dia suka pergi ke Johor Bahru, Pulau Pinang dan suka juga ke negara Thailand. Pada mulanya, beliau merasakan kereta elektrik tidak sesuai kerana jika menggunakan petrol, masa mengisi petrol lebih singkat berbanding mengecas bateri kereta elektrik.
Serius tak pernah terfikir nak tukar ke kereta elektrik sebab dah biasa sangat kereta berenjin.
Thread ni aku explain kenapa aku berani tukar ke EV dari ICE – 🚗⚡️#BaikBeliTesla #TeslaMalaysia pic.twitter.com/SVu9umHHpm
— Pfaisal BioNTech (@faisalmaps) December 26, 2023
Aku ni jenis suka travel jauh-jauh pergi JB, Penang, kerap masuk Thailand guna kereta jadi sebelum ni aku rasa memang tak sesuai pakai EV. Sebab kalau travel jauh pakai kereta berenjin kena isi petrol dan sekejap je nak isi tu.
Bukan Jenis Drive Laju

Fast Charge Tak Perlu Sampai Satu Jam
Pengecasan Pantas Arus Terus di Malaysia
Aku ada anak-anak kecil, ini lagi satu point yang aku rasa Tesla Model 3 ni sesuai untuk family. Boot space luas, cabin senyap, & ada rear screen untuk budak budak tengok YouTube atau main game. Skrg dalam kereta dua-dua anak aku tak meragam, senyap je dalam kereta. pic.twitter.com/G1ZZuudj9n
— Pfaisal BioNTech (@faisalmaps) December 26, 2023