Siakap Keli
PROTON & Smart
Gambar via PROTON

Proton Bakal Jual Kereta Elektrik Tahun Depan, Kerjasama Dengan Smart Dari Jerman

Proton Bakal Jual Kereta Elektrik Tahun Depan, Kerjasama Dengan Smart Dari Jerman

Proton dan syarikat pengeluar kereta elektrik, Smart, semalam secara rasminya menandatangani Perjanjian Pengedaran Am (GDA) yang akan membolehkan syarikat kerata nasional itu menjadi pengedar kereta elektrik untuk pasaran Malaysia dan Thailand. 

Model pertama kereta elektrik itu dijangka akan Proton jual bermula suku ketiga 2023.

”Kerjasama utama antara PROTON dengan smart adalah untuk penjualan kenderaan, namun, terdapat pembangunan keseluruhan untuk menembusi pasaran tenaga baharu.

Sebagai contoh, Syarikat mengumumkan hasratnya untuk melabur dalam rangkaian pengecasan dengan kerjasama pembekal pengecasan tempatan, di samping menyedia dan memasang unit domestik untuk pelanggan yang berhasrat mengecas kenderaan mereka di rumah,” kata Proton.

Proton juga menyatakan hasrat untuk memodelkan operasi jualan Smart seperti yang dilakukan syarikat itu di pasaran lain.

“Oleh itu, penekanannya adalah integrasi gaya hidup digital dengan elemen lain yang akan menyesuaikan pilihan pelanggan dengan penyelesaian digital yang merangkumi perancangan perjalanan, ketersediaan pengecas dan pertimbangan pembelian,” jelas mereka. 

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, kerjasama ini merupakan satu langkah yang besar kepada PROTON dalam menembusi pasaran kenderaan tenaga baharu. 

”Fasa pertama perniagaan dengan smart bukan hanya tertumpu kepada penjualan semata-mata, tetapi juga mengambil pengetahuan dan pengalaman yang berharga bukan sahaja dari cara pengendalian servis dan pengecasan EV tetapi juga mengubah cara kami berinteraksi dengan pelanggan. 

Peralihan ke dalam segmen pasaran ini juga akan membantu memacu PROTON ke arah menjadi lebih mesra alam dalam semua aspek operasi di samping berusaha untuk membantu Malaysia mencapai sasaran neutrality karbon menjelang 2050,” jelasnya. 

BACA: Kanak-Kanak Maut, Disyaki ‘Angkara’ Amoeba Pemakan Otak, Naegleria Fowleri

Sumber: PROTON

Faiz Mustafa