Siakap Keli
Gambar via NBC News

Kanak-Kanak Tersalah ‘Flight’, Tiba Di Orlando Seorang Diri

Kanak-Kanak Tersalah ‘Flight’, Tiba Di Orlando Seorang Diri

Seorang kanak-kanak bernama Casper, 6, telah tiba di Orlando seorang diri apabila dia ditempatkan dalam penerbangan yang salah ketika menaiki pesawat Spirit Airlines.

Casper sepatutnya menaiki penerbangan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Florida di Fort Myers, untuk berjumpa dengan neneknya, Maria Ramos, pada Khamis lalu.

Tetapi, dia sebaliknya telah menaiki penerbangan yang salah yang membawanya ke Orlando seorang diri. Jarak Orlando dari Fort Myers adalah 160 batu (260 kilometer) dan perjalanannya mengambil masa selama empat jam.

Neneknya yang menanti ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Florida, panik apabila mendapati tiada kelibat cucunya yang sepatutnya mendarat di lapangan terbang itu.

“Saya berlari ke dalam kapal terbang untuk bercakap dengan pramugari di situ dan saya bertanya ‘Di mana cucu saya? Dia diserahkan kepada kamu di Philadelphia, kan?’” kata Maria Ramos kepada WINK-TV.

Dia kemudian menambah bahawa pramugari itu telah menjawab bahawa tiada kanak-kanak yang bersama dengannya.

Minta Penjelasan Syarikat Penerbangan

Namun, situasi yang mencemaskan itu berjaya dikawal apabila Casper dapat menelefon neneknya itu apabila dia tiba di Orlando. Setelah mendapat panggilan telefon daripada cucunya, Maria Ramos bergegas untuk menjemput cucunya itu. Dia juga telah meminta penjalasan daripada pihak penerbangan itu.

“Saya mahu mereka telefon saya dan beritahu saya bagaimana cucu saya boleh berada di Orlando. Bagaimana ia boleh berlaku? Adakah mereka telah keluarkan dia daripada kapal terbang? Atau dia sendiri telah menaiki kapal terbang yang salah?” soal Maria Ramos.

Pihak penerbangan Spirit Airlines telah memohon maaf dan telah mengeluarkan sebuah kenyataan di mana mereka sedang melakukan siasatan dalaman.

Kami mengambil serius tentang keselamatan dan tanggungjawab membawa semua penumpang kami dan kami sedang menjalankan siasatan dalaman. Kami memohon maaf kepada keluarga yang terbabit atas pengalaman ini,” kata mereka dalam kenyataan itu.

Kesilapan yang dilakukan merupakan sesuatu yang jarang berlaku. Tetapi, masih terdapat situasi di mana kanak-kanak yang tiada penjaga ataupun penumpang lain yang telah menaiki penerbangan yang salah sebelum ini.

Pada tahun 2009, terdapat dua kanak-kanak perempuan berlainan yang tidak ditemani oleh penjaga telah ditempatkan di Continental Airlines (terminal yang salah) di Amerika Syarikat. Menurut syarikat penerbangan itu, kesilapan tersebut berlaku kerana terdapat miscommunication antara kakitangan di situ.

Pada 2019 pula, berlaku juga kejadian serupa melibatkan seorang kanak-kanak lelaki ditempatkan dalam penerbangan United Airlines ke Jerman sedangkan dia sepatutnya pergi ke Sweden.

Sumber: BBC

BACA JUGA: Cara Mencapai Azam Baru Untuk Tahun Baharu

Nurul Alya