Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ketua Pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung Ditikam Di Leher
Pemimpin parti pembangkang di Korea Selatan, Lee Jae-myung telah ditikam ketika sedang bercakap di depan wartawan di bandar pelabuhan, Busan hari ini, lapor AFP.
Agensi berita tempatan, Yonhap melaporkan bahawa Lee telah ditikam pada bahagian leher dan dapat dilihat tersungkur di atas lantai bersama sehelai sapu tangan yang membaluti luka tikaman.
Rakaman di televisyen menunjukkan seorang lelaki menerjah ke arah Lee dan menyerangnya dengan satu objek pada lehernya.
Ketika itu, Lee kelihatan sedang berjalan dalam sekumpulan waratwan selepas melawat tapak bagi lapangan terbang yang akan dibina di sana.
Selepas serangan terbabit, Lee telah rebah dan beberapa orang bergegas ke arahnya untuk memberi bantuan kecemasan.
Tambah Yonhap, Lee berada dalam keadaan sedar ketika beliau dibawa ke hospital. Manakala, penyerang yang tidak dikenal pasti identitinya telah ditahan serta merta di lokasi kejadian.
Menerusi rakaman yang disiarkan di televisyen, pihak polis telah menahan penyerang dan merebahkannya di atas tanah. Ketika ditahan, penyerang tersebut dilihat sedang memakai topi yang tertulis nama Lee di atasnya.
BACA: Ketua Pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung Ditikam Di Leher
Berhubung kejadian berkenaan, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol menyatakan perasaan bimbang akan keselamatan Lee Jae-myung.
Terdahulu, Ketua Parti Demokratik itu telah kalah di tangan Yoon Suk Yeol secara sengit dalam pilihan raya presiden tahun lepas.
Lee yang juga dahulunya merupakan bekas buruh kanak-kanak di sebuah kilang telah mengalami kecederaan ketika berkerja dan berhenti sekolah ketika masih remaja.
Nama beliau telah melonjak naik dalam dunia politik melalui kisah kehidupannya yang miskin sehingga menjadi kaya pada hari ini.
Oleh sebab itu, Lee Jae-hyung dianggap sebagai salah seorang calon Presiden Korea Selatan terbaik di negara tersebut.
Akan tetapi, peluangnya untuk mendapatkan jawatan tertinggi telah dikaburi dengan beberapa skandal-skandal yang dikaitkan dengan namanya.
Lee didakwa telah mengelak penangkapannya pada September apabila mahkamah menolak permintaan daripada pihak pendakwaan supaya dia ditahan sementara menunggu keputusan perbicaraan atas pelbagai pertuduhan rasuah.
Beliau masih menghadapi perbicaraan atas tuduhan rasuah berhubung firma yang disyaki memindahkan $8 juta (RM36.78 juta) secara haram ke Korea Utara.
Lee juga didakwa mengakibatkan kerugian 20 bilion won (RM68.95 juta) bagi sebuah syarikat yang dimiliki oleh bandar Seongnam semasa menjadi datuk bandar.
BACA: Enam Terkorban Akibat Gempa Bumi Di Jepun
Sumber: AFP