Siakap Keli
wanita Tipu Katering Perkahwinan
Gambar: Bernama

Polis Cari Wanita Bantu Siasatan Kes Tipu Katering Perkahwinan

Polis Cari Wanita Bantu Siasatan Kes Tipu Katering Perkahwinan

SEREMBAN, 2 Jan (Bernama) — Polis sedang mengesan seorang wanita warga tempatan bagi membantu siasatan kes penipuan dalam urusan katering untuk majlis perkahwinan di Jempol dekat sini pada Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol Hoo Chang Hook berkata wanita berkenaan berusia 40.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah Jempol Sarjan Norhisham Zulkifli di talian 017-6219957 atau 06-458222 (102),” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Harimau Malaya Ada Peluang Layak Ke Pusingan Kalah Mati Piala Asia 2023

Media sebelum ini melaporkan sebuah keluarga mendakwa kerugian lebih RM13,000 akibat ditipu dengan pakej kenduri kahwin sehingga menyebabkan mereka terpaksa memasak sendiri hidangan untuk kenduri berkenaan yang berlangsung pada 24 Dis lepas.

Hoo berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?