JPJ Perak Umum Bidaan Nombor Pendaftaran ANJ Akan Dibuka
Setiap kenderaan di serata dunia mempunyai nombor plate yang tersendiri yang didaftarkan. Di Malaysia pula, huruf pertama pada nombor plate itu merupakan kod negeri bagi kenderaan tersebut.
Contohnya, huruf N merupakan kod Negeri Sembilan, huruf B untuk Selangor dan M untuk Melaka. Tetapi selain daripada huruf-huruf ini, ada juga nombor plate istimewa seperti Malaysia, Putrajaya dan RIMAU.
Baru-baru ini, laman Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mengeluarkan sebuah notis bagi JPJ di Perak bahawa bidaan bagi nombor plate baru akan dilakukan tidak lama lagi.
Nombor pendaftaran yang akan dibida itu adalah nombor pendaftaran dengan huruf ANJ. Menurut notis itu, tarikh bidaan itu akan dibuka adalah pada 6 Januari 2024.
Bidaan itu akan dibuka sehinggalah 1o Januari 2024 jam 10 malam dan keputusan daripada bidaan itu akan dikeluarkan pada 11 Januari 2024.
Bidaan tersebut akan dilakukan secara atas talian melalui laman web rasmi JPJBid. Jadi, sekiranya anda mahu membuat bidaan, anda haruslah melayari laman web tersebut.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menelefon nombor khas iaitu +605 5478000. Tetapi, anda perlu ingat bahawa talian itu mempunyai waktu operasinya iaitu dari jam 8 pagi hinggalah jam 4 petang sahaja.
Jadi, sekiranya anda mahu membuat bidaan, anda bolehlah tetapkan reminder supaya anda tidak ketinggalan untuk membuat pembidaan ini.
Sebelum ini juga, JPJ telah membuka bidaan bagi nombor plate istimewa iaitu nombor plate M__M yang dilancarkan untuk bersempena Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2023 yang lalu.
Huruf M__M pada nombor siri itu membawa maksud Malaysia Merdeka. Nombor pula akan diletakkan di antara kedua-dua huruf M tersebut.
Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
BACA JUGA: Fahami Perbezaan PADU Dan IDN (Program ID Digital Nasional)