Siakap Keli

She Dazzle Lancar Koleksi SHESCARVES Bermotifkan Monogram Rama-rama 

She Dazzle lancar koleksi SHESCARVES bermotifkan monogram rama-rama 

Jenama terkenal, She Dazzle mengimbangi perkembangan dan permintaan fesyen  terkini dengan melancarkan koleksi skaf terbaru dengan membawa tema yang membawa  kepada kebebasan dan kasih sayang. 

Koleksi SHESCARVES yang membawa motif Monogram adalah tudung potongan  kemasan laser empat segi (square) dengan material cotton voile yang selesa dan mudah  digosok. Berukuran 45×45 inci dan memiliki tema reka bentuk tersendiri antaranya  Freedom, Hope dan Love. 

Setiap reka bentuk didatangkan dalam 3 kombinasi kod warna yang berbeza dan  dinamakan sempena spesis rama-rama. Antaranya: 

Hope  

1) Monarch  

2) Speckled Wood  

3) Pink Acraea  

Love  

1) Snowberry Checkerspot  

2) Grizzled Skipper  

3) Swallowtail  

Freedom  

1) Green Hairstreak  

2) Cattlehearts  

3) Purple Emperor 

Menariknya, reka bentuk monogram ini diilhamkan daripada logo She dazzle sendiri yang berbentuk rama-rama. Koleksi SHESCARVES ini dijual pada harga RM49.00 sehelai.

Untuk makluman, She Dazzle telah diasaskan oleh Zarawani Salim pada tahun 2011, dengan memulakan  perniagaan di kampung halamannya, Kemaman dengan menubuhkan rumah fesyen mesra hijab. 

Seterusnya, pada tahun 2020 beliau melebarkan empayar bisnes di Kuala Lumpur  dengan membuka butik dengan konsep tersendiri. She Dazzle memfokuskan perniagaan  dengan harga berpatutan dan koleksi gaya terkini serta berkualiti untuk memastikan  kegembiraan para pelanggan. 

Rama-rama menjadi simbol dan singkatan kepada logo She Dazzle yang melambangkan struktur yang diilhamkan sebahagian besar jenama ini. Selain itu, ia juga merupakan  simbolik pujian dan keindahan setiap wanita. 

She Dazzle sentiasa menawarkan kualiti dan kepuasan pelanggan mengikut peredaran fesyen semasa dengan falsafah reka bentuk “ A wardrobe of the trendsetter” sesuai  dengan gaya DAZZlings yang dibawa. 

Kegembiraan pelanggan menggayakan setiap koleksi She Dazzle tidak kira pakaian mahupun skaf, ia merupakan pencapaian terbaik yang diinginkan. 

Selepas 12 tahun dalam bidang fesyen, She Dazzle kini menjadi pilihan setiap wanita  yang ingin nampak bergaya mengikut peredaran feyen dengan harga yang mampu milik. 

Ikuti media sosial She Dazzle di Instagram dan Tiktok She Dazzle untuk perkembangan terkini jenama itu.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.