Siakap Keli
Amaran Hujan Lebat Berterusan Pahang Johor
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Dan Johor Hingga Esok

Amaran Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Dan Johor Hingga Esok

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan melibatkan timur Pahang dan Johor sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataannya turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga Isnin.

Jabatan itu memaklumkan ia susulan penumpuan angin timuran yang dijangka berlaku di Pahang, Johor, Sarawak dan timur Sabah sehingga Selasa, sekali gus menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit.

BACA: Budak 13 Tahun Jadi Manusia Pertama Tamatkan “Game” Tetris

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma