Siakap Keli
graduan tajaan mara
Gambar: Pejabat MARA London & Ireland

Graduan Tajaan MARA Cemerlang, Peroleh Tauliah Dalam Bidang AI 

Graduan Tajaan MARA Cemerlang, Peroleh Tauliah Dalam Bidang AI 

Pernah kecewa kerana tidak mendapat keputusan yang baik ketika Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang graduan tajaan MARA tidak patah semangat dan kini berjaya di persada antarabangsa.

Ahmad Firdaus Ahmad Azman merupakan individu pertama dan satu-satunya daripada Malaysia yang memperoleh tauliah Ketua Penilai Ai Ethics (CertifAIEd Lead Assessor) dari Institute of Electrical and Electronics Engineers Standards Association (IEEE SA) di Amerika Syarikat.

Lebih menarik, dia bertanggungjawab melatih ramai pakar AI dunia bagi mendapatkan pentauliahan yang sama.

Dalam pada itu, dia kini bekerja sebagai AI Ethicist di Verdas AI yang merupakan syarikat pakar AI yang berpusat di Jerman.

BACA: Pelajar Cemerlang UNISZA Miliki Syarikat ‘Runner’ Bernilai RM1Juta

Menyingkap kisah kejayaan tersebut, Pejabat MARA London & Ireland menerusi Facebook berkata Ahmad Firdaus juga telah mendapat Distinction di peringkat Master of Public Administration in Digital Technologies and Policy dalam majlis konvokesyen University College London (UCL) pada Julai 2023.

graduan tajaan mara
Gambar: Pejabat MARA London & Ireland

“MARA London merakamkan ucapan tahniah kepada Ahmad Firdaus bin Ahmad Azman, graduan tajaan MARA di bawah Graduate Excellence Programme (GrEP) anjuran MARA Sponsorship Division atas kecemerlangan akademik beliau.

“Kejayaan hari ini tidak datang bergolek kerana beliau pernah gagal mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Kegagalan ini telah mendorong dan memotivasikan dirinya untuk mencipta kejayaan,” kata Pejabat MARA London & Ireland.

Sebelum ke UCL, Ahmad Firdaus menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda di UniRazak dan menamatkan pengajian dengan Kepujian Kelas Pertama.

“Sepanjang pengajian itu, beliau telah mendapat beberapa anugerah iaitu Best Academic Award, Vice Chancellor’s Award dan Anugerah Sarjana Terengganu,” katanya.

Selepas itu, beliau menyambung pengajian di UCL dan telah menyiapkan satu tesis yang kini telah diarkib oleh The AI Standards Hub.

graduan tajaan mara
Gambar: Pejabat MARA London & Ireland

“Minatnya yang mendalam di bidang Artificial Intelligence (AI) telah mendorong beliau menyiapkan tesisnya yang berkaitan dengan AI di UCL.

“Tesis beliau kini telah diarkib oleh The AI Standards Hub, sebuah inisiatif Kerajaan UK. Malah ia turut menjadi rujukan oleh sebuah badan penyelidik di Kanada iaitu The Schwartz Reisman Institute for Technology and Society (SRI),” jelasnya lagi.

Ahmad Firdaus kini turut melakukan pelbagai bentuk penyelidikan, pengauditan dan pembangunan standard-etika kepada sistem-sistem AI dunia.

“Firdaus juga menyimpan hasrat untuk mengembangkan kepakaran beliau ke peringkat Doktor Falsafah di dalam teknologi AI suatu hari nanti.

“Syabas Ahmad Firdaus. ‘Sesungguhnya kejayaan anda hari ini bermula dengan kegagalan anda pada hari semalam’.

“Semoga perkongsian kejayaan ini menjadi pencetus motivasi kepada anak-anak bangsa,” katanya.

BACA: MARA Teliti Keperluan Naikkan Kadar Biasiswa

Sumber: Pejabat MARA London & Ireland 

Sofea

There's always another side to every story