Siakap Keli
guru maut ke sekolah
Gambar: Sinar Harian

Guru Bertugas Sebagai Pengawas SPM Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Guru Bertugas Sebagai Pengawas SPM Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

DUNGUN – Seorang guru maut dalam satu kemalangan di hadapan Penjara Koreksional Bukit Besi, pada Isnin.

Memetik Sinar Harian, kejadian berlaku apabila kereta pacuan empat roda yang dipandu terbabas ketika mangsa dalam perjalanan ke sekolah.

BACA: Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 17 Kondominium Selepas Tikam Isteri

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Sharifuddin Ali, mangsa yang dikenali sebagai Abd Rashid Mohd Nor, 48, yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerangau, maut di tempat kejadian.

“Kejadian kemalangan itu berlaku apabila kereta yang dipandunya terbabas kira-kira jam 8 pagi.

Gambar: Sinar Harian

“Ketika itu mangsa yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam perjalanan dari SMK Jerangau ke SMK Padang Pulut,” ujarnya.

Tambahnya lagi, mangsa juga tersepit di bawah kenderaan pacuan empat roda sebelum diselamatkan anggota bomba.

Gambar: Sinar Harian

“Mangsa berjaya dikeluarkan jam 8.56 pagi dengan menggunakan peralatan khas iaitu ‘air lifting bag’,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sharifuddin memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.

BACA: Kemalangan Dua Kenderaan, Kanak-Kanak Perempuan Dilapor Maut

Sementara itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 8.08 pagi.

Tambahnya lagi, seramai 10 anggota bomba bersama sebuah jentera dan jentera EMRS bergegas ke lokasi kejadian.

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.