Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
dr zulkifli terima surat
Gambar via Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

“Ustaz Anggap Aiman Dah Berjaya,” Dr Zulkifli Terima Surat Pelajar Autisme SPM Mohon Doa

Nurul Alya

“Ustaz Anggap Aiman Dah Berjaya,” Dr Zulkifli Terima Surat Pelajar Autisme SPM Mohon Doa

Seorang pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah mengutuskan surat kepada Mantan Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dalam surat yang ditulis, pelajar yang dikenali sebagai Wan Azmeen Aiman itu telah meminta jasa baik Dr Zulkifli untuk mendoakan kejayaannya dalam peperiksaan tersebut.

“Assalamualaikum Yang Berbahagia Ustaz Dr. Zul. Semoga ustaz sihat walafiat. Aiman mohon jasa baik ustaz untuk mendoakan Aiman dan semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM mulai 8 Januari 2024.

“Mohon doakan juga untuk semua guru yang bertungkus-lumus mengajar dan menyampaikan ilmu buat Aiman dan kawan-kawan.

“Aiman akhiri dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Wassalam, salam sayang dari Wan Azmeen Aiman,” katanya dalam surat itu.

Suratnya itu telah dikongsikan oleh Dr Zulkifli di platform X yang disertakan dengan balasan daripadanya sendiri.

‘Aiman istiqamah beribadah’

Menurut beliau dalam hantaran di X, beliau mengenali pelajar itu sebagai seorang remaja autistik yang sangat istiqamah dalam ibadah, selain sentiasa mengikuti perkembangannya sejak lebih 10 tahun lalu.

Jelas mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu, Aiman diuji dengan penyakit Sindrom Marfan iaitu satu bentuk gangguan pada genetik tisu penghubung.

“Beliau jarang berkata-kata bila di hadapan saya. Biasanya, beliau akan kirimkan surat untuk menyampaikan apa-apa hasratnya.

“Apabila saya menerima amanah sebagai Menteri, beliaulah yang paling gembira dan menjadi individu pertama mengutuskan surat dan mendoakan kebaikan buat saya.

“Sama-sama kita doakan Aiman, calon SPM 2024 dan para guru yang mengajar mereka,” katanya dalam hantaran tersebut.

Dalam pada itu, bagi membalas isi hati Aiman pada surat berkenaan, Dr Zulkifli turut menitipkan pesanan khas buat remaja itu mengenai kejayaan dalam hidup.

“Kepada Aiman, sebenarnya Ustaz anggap Aiman sudah pun berjaya. Bukan mudah untuk Aiman sampai ke tahap ini dalam hidup. Teruskan perjuangan dalam SPM dan seterusnya.

“Ustaz percaya keluarga Aiman akan berbangga dengan pencapaian Aiman,” tambahnya.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

BACA JUGA: Tunai Janji, Sadio Mane Ubah Padang Berlecak Jadi Stadium