Siakap Keli
Mewujudkan rumah pelacuran
Kredit BERNAMA

Idea Rumah Pelacuran Bercanggah Dengan Islam, Galak Maksiat – Mufti

Idea Rumah Pelacuran Bercanggah Dengan Islam, Galak Maksiat – Mufti

Idea mewujudkan rumah pelacuran untuk warga asing adalah idea yang tidak wajar, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Memetik Sinar Harian, Dr Wan Salim juga berkata kenyataan itu bercanggah dengan kedudukan Malaysia yang menjadikan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Malah, pekerja asing sepatutnya diberitahu tentang perkara tersebut dan mereka wajib menghormati Perlembagaan dan undang-undang negara tempat mereka mencari rezeki.

Sehubungan itu, beliau merasa amat terkejut apabila ada pihak yang membuat saranan sedemikian.

“Saranan sedemikian jelas merupakan satu galakan kepada perbuatan maksiat sedangkan ramai dalam kalangan pekerja asing beragama Islam.

“Malah pekerja bukan beragama Islam sekali pun tidak sepatutnya digalakkan kepada perbuatan yang hina itu.

“Sesungguhnya tiada agama yang menyukai penganutnya terjerumus ke dalam jurang yang keji dan merosakkan ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ujar beliau lagi, zina adalah satu jenayah yang amat teruk serta boleh mengakibatkan kerosakan besar kepada individu, keluarga dan masyarakat.

“Disebabkan itu, al-Quran melarang keras perbuatan zina serta menganggapkannya sebagai satu amalan keji (fahisyah) dan jalan paling buruk yang dilalui oleh manusia di dalam kehidupan ini.

“Sepatutnya kita sama-sama saling membantu ke arah kebaikan dan keluhuran budi pekerti. Kita juga sepatutnya mengingatkan pekerja-pekerja asing tentang bahaya jika terlibat dalam perlakuan keji ini serta kesan buruknya ke atas semua pihak,” jelasnya lagi.

Pihak berkuasa akan berdepan situasi sukar sekiranya saranan itu dilaksanakan

Tambah Dr. Wan Salim, jika saranan tersebut dilaksanakan, maka sukar bagi pihak berkuasa untuk memastikan orang Islam tidak terlibat dalam aktiviti maksiat tersebut.

“Siapapun tidak boleh menjamin bahawa rakyat negara ini, termasuk penganut agama Islam tidak akan menjadi pelanggan rumah pelacuran yang dicadangkan itu.

“Amat sukar untuk mengawal atau mencegah umat Islam daripada ikut terlibat di dalam kancah maksiat tersebut.

“Saya bersetuju bahawa cadangan ini tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan mengundang lebih banyak masalah kepada Malaysia,” katanya.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka