Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Senyuman Sama’, Lelaki Mirip Alif Satar Versi Ragbi Ditemukan Warga Maya

lelaki mirip alif satar
Gambar: @syahirmuhammad11/TiktTok

‘Senyuman Sama’, Lelaki Mirip Alif Satar Versi Ragbi Ditemukan Warga Maya

Tahun lalu kita dikejutkan dengan seorang gadis yang mempunyai muka persis seperti penyanyi dan pelakon Alif Satar hingga ia menjadi perbualan ramai selepas klip parodi yang dirakam tular.

Setakat yang dijumpai dan ditularkan di media sosial, warga maya menemukan kira-kira empat orang dari pelbagai jantina dan bangsa yang memiliki seakan-akan rupa artis yang memulakan gelombang Geng Subuh Macam Jumaat di negara ini.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang lelaki yang didakwa sebagai Alif Satar versi pemain ragbi telah dijumpai menjadikan ia orang kelima selain melengkapkan penemuan Jim Satar dalam pencarian kembar tersebut.

Dalam satu perkongsian yang dimuat naik oleh @syahirmuhammad11 di TikTok ia memaparkan seorang lelaki mempunyai muka yang mirip dengan Alif Satar sambil berlatar belakangkan lagu terkenal penyanyi tersebut.

Video tersebut telah dirakam dari sisi kiri yang menonjolkan lagi kesamaan rupa lelaki tersebut dengan Alif Satar.

Lelaki tersebut dilihat ketawa malu-malu sambil menutup wajahnya namun turut menunjukkan senyuman manis memikat di hadapan kamera selama beberapa saat.

BACA: Gadis Terhibur Muka Member Persis Alif Satar, Sekali Alif Satar ‘Real’ Datang Komen

“Hari itu dah jumpa Ba dengan Ta Satar, yang ni mungkin Jim atau Ya Satar…”

Klip tersebut menjadi tular selepas rata-rata orang ramai mengakui lelaki itu sememangnya mirip dengan Alif Satar dan mahu ‘kembar’ penyanyi terbabit dikumpulkan.

Ketika menjengah di ruangan komen, sesetengah mereka mula mengatakan lelaki itu mempunyai senyuman yang sama dengan artis tersebut.

“Cara senyum tu sebijik,” komen warga maya.

“Senyuman dia sama,” ujar warga maya lagi.

“Kalau kumpul kembar Alif Satar boleh sampai Ya ni,”seloroh seorang individu di ruangan komen.

“Kumpulkan semua kembar Alif Satar,” pohon seorang lelaki susulan ramai yang mempunyai muka mirip dengan artis tersebut.

Manakala di platform X pula, seorang individu (@_NazriH) meminta supaya kembar-kembar Alif Satar dikumpulkan dengan menggunakan tanda pagar (#) GengMukaMacamAlifSatar.

Lelaki itu turut mengepilkan beberapa gambar orang ramai yang mirip dengan Alif Satar daripada pelbagai jantina dan juga bangsa.

Gambar: tangkap layar video
Gambar: Tangkap layar video
Gambar: Tangkap layar video
Gambar: Tangkap layar video

Katanya, sebelum ini Geng Subuh Macam Jumaat telah tular selepas Alif Satar mengajak masyarakat muslim mengimarahkan masjid pada waktu Subuh hingga menjadi gelombang.

“#GengSubuhMacamJumaat sudah, sekarang kita kumpul #GengMukaMacamAlifSatar,” memetik kapsyen lelaki tersebut.

Sumber: @syahirmuhammad11/TiktTok