Pernah Viral Muka Sama, Akhirnya Alif Satar Jumpa Kembar
Baru-baru ini, selebriti tanah air Alif Satar membuat kejutan kepada orang ramai dengan bersua muka bersama ‘kembarnya’ yang sebelum ini tular di media sosial.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Alif Satar dilihat teruja ketika bertemu dengan gadis yang dikatakan sangat mirip dengan dirinya.
Penyanyi itu turut mengatakan gadis terbabit terlihat lebih mirip ‘Alif Satar’ berbanding dengan dirinya sendiri.
Dalam video tersebut, Alif Satar dengan mesra menyapa gadis itu dengan menghalakan kamera hadapan supaya muka mereka dipaparkan bersebelahan.
“Hi guys, lihat siapa bersama dengan saya,” menterjemahkan kata-kata Alif Satar dalam bahasa Inggeris.
Artis tersebut kemudiannya menyanyikan lagu Lelaki Seperti Aku yang sering dimainkan gadis terbabit dalam video tularnya sebelum ini.
Mereka kemudiannya membuat mimik muka lucu namun apa yang mencuit hati orang ramai adalah muka mereka saling tidak tumpah seperti ‘kembar yang terpisah’.
Bentuk kening juga dikatakan sama malah susunan gigi dipercayai saling menyerupai antara satu sama lain dan yang berbeza hanyalah jantina mereka.
Video yang dimuat naik Alif Satar itu ternyata memberi kepuasan orang ramai kerana penyanyi terkenal itu akhirnya bertemu dengan ‘kembar’ seirasnya.
BACA: Santuni Peminat Guna Bahasa Isyarat, Alif Satar Dipuji Ramai
View this post on Instagram
Kata-kata warganet
Menjengah di ruangan komen, warganet dilihat galak dalam meninggalkan komen menyatakan mereka sememangnya serupa.
Hantaran tersebut juga mendapat perhatian daripada rakan artis dan mereka juga dilihat terhibur dengan video tersebut.
“Weh sebijik do!! Kalau Alif busy sangat shoot sampai tak dapat datang event ke apa boleh panggil dia ni gantikan hahahaha,” kata Puterakarl.
“Hahahaha ni baru betul barang order barang sampai,” ujar Radin Era.
“Weh sama weh. Tinggal cari lagi lima orang,” tambah Nur Nadiah Azhar.
“Yeah abang Alif Satar jumpa kembar,” kata Naz.
Gadis terhibur muka member persis Alif Satar
Terdahulu, media melaporkan seorang perempuan yang memiliki muka mirip selebriti tanah air menjadi tular di media sosial selepas melakokan watak artis itu dalam satu video klip parodi.
Dalam rakaman tersebut, perempuan yang memiliki wajah persis penyanyi Alif Satar sedang menjiwai watak berlakon menjadi selebriti.
Video tersebut juga mendapat perhatian penyanyi yang disebut-sebut itu dan meninggalkan komen di ruangan yang disediakan.
“Alif Satar hadir,” sambil meninggalkan emoji tanda peace.
Sumber: Alif Satar/Instagram