Siakap Keli
Masjid Kambing Golek
Gambar: Bernama

Masjid Al-Muqarrabin Jamu 3 Ekor Kambing Golek Lepas Subuh Esok

Masjid Al-Muqarrabin Jamu 3 Ekor Kambing Golek Lepas Subuh Esok

PETALING JAYA — Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan bakal menyediakan jamuan tiga ekor kambing golek selepas solat Subuh esok (13 Januari)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu hantaran hari ini memaklumkan jamuan itu bertujuan menghangatkan lagi kempen ‘Subuh Macam Jumaat’.

Difahamkan, masjid berkenaan turut menjemput pendakwah bebas terkenal Ustaz Zul Ramli M. Razali bagi menyampaikan kuliah Subuh. Majlis tersebut dijadualkan seawal 6 pagi hingga 7.30 pagi.

Gambar: JAWI

“Masjid-Masjid di sekitar Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kini sedang giat menyemarakkan kempen ‘Subuh Macam Jumaat’ bagi menggalakkan amalan menunaikan solat fardu Subuh secara berjemaah di masjid secara berterusan,” maklum JAWI.

BACA: Madad Soccer Academy Cari Bakat Baharu Bola Sepak Bermula Esok

Sehubungan itu, orang ramai diseru untuk menyertai program tersebut yang dianjurkan oleh masjid dan surau di dalam kariah masing-masing dengan pelbagai pengisian menarik.

Gambar: JAWI

Sebelum ini, kempen berkenaan telah dicetuskan oleh pelakon dan penyanyi Alif Satar dengan hashtag GengSubuhMacamJumaat.

Susulan mendapat sambutan yang positif, Alif menzahirkan rasa teruja dalam satu hantaran beberapa minggu lalu.

Menurutnya di sebalik usaha yang dilakukannya itu adalah termasuk untuk memperbaiki dirinya. Ia berlaku selepas dia mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz sewaktu mengikuti kelas agama.

BACA: #GengSubuhMacamJumaat Hari 181 Hampir “Full House”

Dia menyatakan usahanya itu turut mendapat sokongan daripada kariah masjid di lokasi rumahnya.

“Ramai tag saya, daripada budak universiti sehinggalah ke Turki. Kami guna tanda pagar #GengSubuhMacamJumaat.

“Malah di masjid berhampiran rumah saya pun, kalau sebelum ini hanya satu saf setengah yang penuh, kini sudah lebih dua saf jemaah yang hadir untuk solat Subuh.

“Saya harap perkara ini berterusan kerana dalam kita bersolidariti untuk Palestin, kita kena juga betulkan diri sendiri,” katanya lagi.

BACA: Alif Satar Teruja #Gengsubuhmacamjumaat Dapat Sambutan Positif

Sumber: Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI)

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.