Siakap Keli
Gambar: shaner4042 via Metro UK

Gambar Makhluk Asing ‘Dibedah’, Dikatakan ‘Diambil’ Dari Area 51

Gambar Makhluk Asing ‘Dibedah’, Dikatakan ‘Diambil’ Dari Area 51

Baru-baru ini tular beberapa gambar yang dikatakan keadaan sejenis mahkluk asing yang didakwa sedang dibedah. Gambar-gambar itu juga didakwa telah ‘diambil’ dari Area 51.

Salah satu daripada gambar tersebut menampakkan saraf tunjang yang agak besar. Ukurannya adalah kira-kira dua meter panjang. Ia juga menunjukkan ratusan saraf dan saluran darah di kedua-dua bahagian saraf tunjang itu.

Gambar kedua pula menunjukkan saraf berwarna putih pudar yang terbahagi kepada dua sistem yang selari, iaitu satu untuk setiap bahagian. Ia juga menunjukkan beberapa para penyelidik yang kelihatan di sebalik tubuh itu.

Gambar: shaner4042 via Metro UK

Yang terakhir pula menujukkan urat saraf yang berbecah berulang kali sehinga ia kelihatan seperti ranting kecil di atas pokok.

Terdapat juga beberapa buah-buahan dan sayuran yang terdapat di sekeliling tubuh itu. Selain itu, jelas kelihatan imbasan MRI yang menunjukkan imej otak serta skrin monitor di belakangnya.

Gambar: shaner4042 via Metro UK

Hanya AI Semata

Sebenarnya, gambar-gambar yang tular itu adalah palsu walaupun ia mungkin kelihatan sangat realistik. Ia sebenarnya gambar yang dihasilkan oleh Midjourney.

Midjourney merupakan sebuah program Artificial Intelligence (AI). Program ini dikatakan menjadi antara sumber utama bagi segala penipuan di internet.

Gambar-gambar yang dihasilkan oleh AI ini dapat menimbulkan kerisauan terhadap orang ramai kerana ia menunjukkan bahawa program AI dapat memalsukan sesuatu.

Ia juga dapat membuatkan orang ramai mempercayai sesuatu yang agar sukar untuk dipercayai. Salah satunya adalah makhluk asing. Orang ramai yang taksub akan kewujudan makhluk asing mungkin akan mempercayai gambar-gambar itu dengan mudah.

Untuk masa yang lama, program AI sering mengalami masalah untuk menghasilkan jari, ibu jari dan juga gigi.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa program itu telah mempunyai banyak peningkatan yang tersendiri. Tetapi, ia tidak bermaksud hasil ciptaan AI itu tidak mempunyai sebarang kesilapan.

Yang menjadi masalah untuk orang ramai memastikan sama ada gambar makhluk asing itu adalah benar atau palsu adalah kerana tiada siapa yang mengetahui rupa sebenar makluk asing.

Jadi, program AI dengan mudahnya boleh menipu orang ramai seperti gambar-gambar yang tular itu. Ia sebenarnya telah dikongsikan di platform Reddit di bahawa subreddit r/Midjourney oleh pengguna shaner4042.

Sumber: Metro UK

BACA JUGA: Lokasi Pelancongan Terbaik Di Dunia, KL Dapat Tempat Ke-10!

Nurul Alya