Siakap Keli
lelaki penerbangan
Gambar: Tangkap layar video tular

India: Lelaki Berang Penerbangan Ditunda Serang Juruterbang

India: Lelaki Berang Penerbangan Ditunda Serang Juruterbang

NEW DELHI, 15 Jan (Bernama) — Polis di India menahan seorang penumpang selepas beliau menyerang seorang juruterbang dalam sebuah pesawat yang mengalami kelewatan penerbangan di lapangan terbang Delhi pada Isnin.

Dalam video yang dikongsi secara meluas di media sosial, penumpang lelaki yang berang itu dirakam meluru ke arah pembantu juruterbang dan memukulnya semasa pengumuman kelewatan penerbangan dibuat.

Lelaki itu, yang dikenali sebagai Sahil Kataria, dipercayai marah dengan kelewatan penerbangan IndiGo selama beberapa jam.

Dalam video itu, beliau menjerit kepada kakitangan penerbangan agar membuka pintu jika mereka enggan menerbangkan pesawat.

Terdahulu, syarikat penerbangan itu menggantikan kru penerbangan Delhi-Goa mengikut peraturan had tugas penerbangan selepas perkhidmatan itu ditangguhkan di New Delhi kerana kabus tebal, menurut laporan media tempatan.

Cuaca buruk di utara India telah menjejaskan banyak operasi penerbangan sejak Ahad.

Sementara itu dalam perkembangan lain di Malaysia, sepasang suami isteri mengalami kerugian kira-kira RM9,500 selepas rumah mereka dipecah masuk dipercayai melalui bumbung oleh seorang lelaki dalam kejadian di Ampang Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Azam Ismail berkata kira-kira jam 10 pagi pasangan tersebut telah meninggalkan rumah untuk berniaga di Jalan Ampang.

Jelasnya, semasa mangsa balik daripada berniaga pada pukul 3 petang dan memasuki rumahnya, mereka mendapati ruang tamu sedikit berselerak dan bilik pintu utama terkunci dari dalam.

Sumber: BERNAMA

BACA: Nahas Pesawat Terbelah Dua, Penumpang Terselamat Dedah Keadaan Cemas Dalam Pesawat Ketika Kejadian

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana