Siakap Keli

Bergaya Dengan Koleksi Baru Sempena Tahun Baharu Lunar Bersama HABIB

Dalam meraikan Tahun Baharu Lunar, tahun yang lebih bermakna dan membawa tuah, HABIB menampilkan kempen perayaan bagi memperingati Tahun Naga. HABIB menjemput pelanggan untuk meneroka pelbagai koleksi baharu yang indah, seperti Oro Italia 916, berlian, batu permata dan koleksi emas 999.9 edisi terhad.

Kini sedang berlangsung sehingga 12 Februari 2024, kempen perayaan ini diadakan di seluruh bilik pameran HABIB serta di atas talian www.habibjewels.com , menawarkan pelanggan dengan peluang keemasan untuk menyambut hari istimewa ini dengan penuh semangat dan kegembiraan.

Keriangan tahun baharu lebih terasa bersama rekaan emas yang memukau daripada HABIB, Oro Italia 916, Koleksi Clara. Koleksi ini memancarkan warna yang menyerlah, menggunakan teknik cataphoresis lacquer pada masa yang sama turut mengekalkan mutu emas 916 (22K), dan membawa suasana yang ceria pada setiap majlis. Kelihatan sempurna untuk digayakan bersama pakaian tradisional ataupun kontemporari, koleksi ini sesuai untuk melengkapkan penampilan ke acara kunjung mengunjung bersama keluarga dan rakan-rakan.

Buat mereka yang lebih menggemari gaya moden, HABIB menawarkan koleksi berlian dan batu permata yang indah, untuk memenuhi gaya mewah hari ini. Serikan penampilan pada hari pertama Tahun Baharu Lunar dengan pakaian dan barangan kemas baharu sebagai simbol permulaan yang segar. Tampil mempersona dengan menonjol dengan koleksi eksklusif ataupun gayakan rekaan yang lebih minimalis, untuk melengkapi gaya harian. Pelbagai seleksi berlian dan batu permata untuk menyuntik kecantikan, dan memastikan musim perayaan diraikan dengan penuh bergaya sepanjang tahun.

HABIB turut menawarkan koleksi emas 999.9 edisi terhad ‘Tahun Naga 2024’, termasuk Wafer Syiling Emas, Nota Emas (Gold Note) dan Jongkong Emas. Direka kemas dengan sentuhan warna tuah, merah dan emas, bagi melambangkan kekuatan dan kemakmuran, koleksi-koleksi ini sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang ataupun sebagai simpanan pelaburan. Koleksi ini juga boleh dijadikan sebagai inisiatif kepada tradisi tahunan pemberian angpao, sebagai tanda ingatan dan penghargaan. Koleksi emas 999.9 HABIB ‘Tahun Naga 2024’ termasuk:

● Wafer Syiling Emas dengan berat 0.2 gram, juga boleh digantikan sebagai angpao Tahun Baru Lunar, dengan harga RM118 sekeping.  Set Wafer Syiling Emas Berganda, setiap satu seberat 0.2 gram, dijual pada RM118 sekeping ataupun secara set dengan harga (RM236) untuk dua keping.
● Nota Emas (Gold Note) dengan rekaan elegan seperti sebuah bingkai, juga cantik untuk menghiasi rumah, untuk membawa tuah yang bahagia. Berharga RM775 sekeping, Nota Emas (Gold Note) dengan berat 2 gram ini juga merupakan caturan yang bijak untuk permulaan pelaburan emas.
● Jongkong Emas ditawarkan bermula 1 gram sehingga 100 gram, memberi fleskibiliti dalam pilihan pelaburan.

Kempen Tahun Baharu Lunar HABIB merupakan salah satu komitmen jenama ini untuk menyajikan pelanggan dengan mutu dan kualiti terbaik, dan koleksi bermakna yang mencerminkan semangat perayaan. Kunjungi bilik pameran HABIB berdekatan bermula sekarang sehingga 12 Februari 2024 untuk melihat sendiri keindahan koleksi Tahun Naga 2024 HABIB. HABIB kini juga boleh didapati secara atas talian di www.habibjewels.com, media sosial Instagram dan Tiktok @habibjewelsofficial serta platform e-dagang Shopee, Lazada dan Zalora.

Nur Farra