Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Nak Nasi Lembut & Berderai, Guna Tip Ni Masak Beras Basmathi
Antara jenis-jenis beras, beras basmathi adalah beras yang jarang menjadi pilihan orang ramai susulan harganya yang agak mahal. Pun begitu, ia menjadi pilihan sekiranya masak hidangan yang tertentu.
Oleh kerana beras basmathi mahal, ramai yang memasaknya menggunakan cara yang betul untuk dapatkan nasi yang lembut, berderai dan sekata.
Akan tetapi, walaupun dicuba menggunakan teknik yang telah diajar, nasi menjadi lembik tidak seperti yang ditunjukkan. Namun, apa salahnya kalau cuba tip yang dikongsi oleh Chef Wans di Facebook ini.
Mana tahu, anda berjaya menghasilkan nasi yang lembut dan pastinya tidak serik untuk memasak beras basmathi.
Ikuti tip dibawah untuk dapatkan nasi yang lembut.
Cara dapatkan nasi yang lembut dan peroi, langkah demi langkah
1. Sediakan beras
Langkah yang paling utama dalam mendapatkan nasi yang lembut dan peroi adalah dengan merendamkan beras ni selama satu hingga dua jam di dalam air terlebih dahulu, supaya beras mendapatkan semula kelembapan semula jadinya.
Ini adalah kerana beras ni sudah di rebus terlebih dahulu dan dijemurkan.
Tip penting: Jika ada garam bukit atau sea salt boleh masukkan sedikit ke dalam air rendaman.
Rendamkan beras adalah langkah paling utama.
2. Nisbah sukatan (air:beras)
Selain rendam beras, nisbah sukatan air kepada beras juga adalah sangat penting untuk menjadikan nasi lembut dan peroi.
Nisbah air atau cecair dan beras haruslah diberi perhatian, harus disukat dengan betul dan tidak boleh main agak-agak macam kita perasakan garam kepada masakan ya.
Jika terlebih air nasi akan jadi lembik melekat dan tak berderai dan jika terkurang air nanti nasi tak akan jadi gebu dan akan keras bila ia menjadi sejuk nanti. Sila beri perhatian kepada sukatan nanti.
Saya menggunakan nisbah sukatan 1 cawan beras: 1 1/4 cawan air atau air dengan cecair lain seperti susu ataupun santan.
Selalunya saya gunakan sukatan ni untuk jenis beras pusa, kashmir dan juga mogul. In shaa Allah tidak pernah lagi mengecewakan setakat ni.
Jika nak lebihkan cecair apstikan jangan lebihkan dari sukatan 1 1/2 cawan bagi 1 cawan beras. Tolong ambil nota.
3. Teknik dan kaedah memasak
Kaedah tumis beras dahulu: kaedah ni selalunya di tumiskan semua bahan-bahan didalam periuk nasi dan masukkan air dengan sukatan yang betul, dibiarkan cecair mendidih terlebih dahulu baru masukkan beras.
Kaedah mendidihkan air ikut sukatan: bagi kaedah ni pula rempah-rempah ditumis asing dan dicampurkan sekali dengan cecair, sama juga didihkan cecair sebelum masukkan beras ke dalam peruk nasi.
Kaedah didih air tanpa sukatan: kaedah ni selalunya digunakan bagi yang sudah kerap kali masak beras jenis ini dan selalunya masak dalam kuantiti yang banyak.
4. Pantang larang ketika memasak
Antara pantang larang yang harus dielakkan ketika memasak nasi menggunakan beras basmathi:
Jika nak kacau beras ketika masak, harus diingatkan hanya kacau beras ketika cecairnya masih banyak, elakkan kacau ketika cecairnya sudah mengering, ini akan mengakibatkan beras anda patah. Sebab pada ketika ini beras berada dalam keadaan rapuh.
Jika tidak mahu beras atas api, perlahankan api apabila cecair sudah mula mengering dan tutup periuk serapat mungkin agar kita tak kehilangan wap untuk proses memasak.
Sentiasa biarkan nasi rehar didalam periuk dahulu selama 10 ke 15 minit selepas ia dimasak, jangan terus kacau dahulu, rehatkan sebelum dikacau.
Kacau nasi ketika panas untuk dapatkan ia berbutir, nasi akan mula bergumpal dan melekat setelah ia sejuk.
Kacau nasi dari sebelah luar dahulu dan jangan tergopoh-gapah, nanti beras akan patah.
5. Tip memasak beras basmathi, tip tambahan:
Menggunakan pewarna: jika korang nak gunakan pewarna contoh macam nak buat nasi hujan panas atau nasi briyani, titiskan pewarna ketika nasi dah kering dan biarkan terlebih dahulu sebelum dikacau.
Minyak: harus diingatkan minyak tidak termasuk dalam sukatan cecair yang digunakan untuk memasak nasi, walaupun minyak adalah terdiri dalam kategori cecair.
Elak nasi patah: elakkan mengacau terlalu lama dan terlalu kerap ketika memasak nasi ni, terutama sekali ketika nasi sudah kering.
Bekas penyukat: gunakan sukatan yang sama untuk sukat beras dan air.
Tanpa periuk nasi: jika masak mengunakan api, atau tidak mahu nasi atas api, besarkan api ketika masih banyak cecair, tapi perlahankan api ketika cecairnya dah mula kering.
Semoga perkongsian yang saya kongsikan ni membawa manafaat kepada semua.
Sumber: Chef Wans via Petua Ibu/Facebook
BACA: Undang-undang Texas: Pemandu Mabuk Yang Bunuh Ibu Bapa Perlu Tanggung Anak Mangsa