Siakap Keli
redmi note 13
Gambar via Gizmochina/Google

Xiaomi Lancarkan Siri Redmi Note 13 Di Bangkok, Thailand

Xiaomi Melancarkan Siri Redmi Note 13 Di Bangkok, Thailand

Xiaomi memperkenalkan siri Redmi Note 13 serba baru dalam acara pelancaran global yang diadakan di Queen Sirikit Convention Centre, Bangkok. Dalam siri ini, model paling berkuasa Redmi Note 13 Pro+ 5G menjadi tumpuan utama dalam acara pelancaran kali ini.

Seperti siri-siri Redmi Note sebelum ini, kita tahu model tersebut menawarkan spesifikasi yang terbaik dalam kelasnya kepada anda. Redmi Note 13 Pro+ 5G dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7200-Ultra, memori RAM LPDDR5 hingga 12GB dan storan UFS3.1 berkapasiti hingga 512GB.

Model ini dilengkapi skrin 1.5K CrystalREs AMOLED 6.67 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksimum 1800nits dan dilindungi Corning Gorilla Glass Victus.

Selain itu, Redmi Note Pro+ 5G ini menawarkan tetapan 3 kamera – 200 megapiksel utama dengan OIS, 8 megapiksel ultra-lebar, 2 megapiksel makro dan 16 megapiksel swafoto.

Buat kali pertamanya, dalam siri ini, Xiaomi memperkenalkan ciri kalis air dan debu IP68 dalam barisan siri Redmi Note. 

Selain kapasiti baterinya 5000mAh dan pengecasan 120W HyperCharge, model ini juga memberikan ciri lain seperti IR Blaster, NFC, 5G, Dolby Atmos dan banyak lagi.

Redmi Note 13 Pro+ 5G ini dijual pada tanda harga permulaan RM1,599.00 untuk variasi 8GB+256GB dan RM1,999.00 untuk variasi paling berkuasa 12GB+512GB. 

Siri Redmi Note 13 ini memperkenalkan beberapa model yang lain seperti Redmi Note 13 Pro 5G, Redmi Note 13 5G, dan model standard Redmi Note 13 yang masing-masing berharga:

Redmi Note 13 Pro 5G

  • 8GB+256GB – RM1,399.00

Redmi Note 13 5G

  • 8GB+256GB – RM1,099.00

Redmi Note 13

  • 8GB+256GB – RM899.00
  • 6GB+128GB – RM749.00

BELI KAT SINI SHOPEE XIAOMI

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'