Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Pahang Dan Johor Hingga Sabtu
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan tahap waspada di Pahang dan Johor sehingga Sabtu ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan di Pahang dijangka melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor lokaliti yang tersenarai adalah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dijangka di Sarawak sehingga esok melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
Sumber: BERNAMA