Siakap Keli
Resipi Ayam Cajun BBQ
Gambar: Syed Munawwar via TikTok

Bosan Menu Ayam Goreng Biasa? Cuba Resipi Ayam Cajun BBQ

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bosan Menu Ayam Goreng Biasa? Cuba Resipi Ayam Cajun BBQ 

Ramai orang suka nikmati ayam goreng yang sedap dan lazat. Lagi-lagi makan ayam goreng ketika panas-panas, memang padu rasanya. Tak kiralah sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak, memang takkan cukup satu.

Ia juga merupakan salah satu menu yang paling mudah. Paling penting tidak memerlukan masa yang lama untuk masak.

Namun, jika selalu buat ayam goreng biasa mesti jemu kan? Jadi kali ini min nak kongsikan resipi Ayam Cajun BBQ yang lain daripada yang lain. Barang-barang untuk bahan masakan boleh didapati di mana-mana pasar raya. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Syed Munawwar.

Bahan perapan ayam

Anda perlu sediakan 400g isi dada ayam (dihiris). Kemudian, 2 sudu kecil rempah Cajun, 1/2 sudu kecil serbuk paprika, 1/2 sudu kecil serbuk cayenne, 1/2 serbuk lada hitam serta sedikit garam. Selain itu, resipi ini memerlukan 2 biji telur dan 100g cornflakes (dihancur kasar).

Mula-mula, perap isi dada ayam yang sudah dihiris dengan rempah Cajun, serbuk paprika, serbuk lada hitam dan sedikit garam. Seterusnya, anda perlu gaul rata dan perap selama 30 minit.

Sementara menunggu, pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul rata. Untuk cornflakes pula, jangan hancurkan terlalu halus.

Bila sudah cukup 30 minit, ambil isi dada ayam dan celupkan ke dalam telur. Seterusnya, celup ke dalam cornflakes pula. Ulang langkah yang sama sehingga selesai. Selepas itu, anda boleh bakar menggunakan air fryer dalam suhu 180 selama 15 ke 20 minit.

BACA: Mudah Je Rupanya Nak Buat Ayam Goreng Pedas Ala Korea Ni Dekat Rumah

Bagaimana kalau tiada air fryer? Jangan risau, anda boleh menggunakan oven untuk membakar ayam tersebut. Selepas selesai, kita pergi ke langkah seterusnya untuk membuat sos.

Bahan-bahan untuk membuat sos BBQ Cajun

Bahan-bahan yang diperlukan ialah 4 sudu besar sos BBQ, 2 sudu kecil madu, 1 sudu kecil kicap cair, 1 sudu kecil rempah Cajun, 1/2 sudu kecil serbuk paprika, 1/2 sudu kecil serbuk cayenne, 1 ulas bawang putih (dicincang) atau boleh ganti serbuk bawang putih dan sedikit perahan jus lemon.

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kemudian gaul sehingga sebati. Selepas itu, panaskan kuali dan masak sos tersebut sehingga menjadi pekat. Akhir sekali, gaulkan ayam tadi bersama sos BBQ Cajun dan boleh dihidangkan.

Anda boleh makan bersama nasi ataupun makan begitu sahaja. Mudah kan resipi ini? Selamat mencuba.

@syed_munawwar

Hari ni jom buat BBQ Cajun Chicken Bahan Perap Ayam 🔴 400g dada ayam (dihiris) 🔴 2 sdk cajun seasoning 🔴 1/2 sdk serbuk paprika 🔴 1/2 sdk serbuk cayenne 🔴 1/2 blackpepper 🔴 sedikit garam 🔴 2 biji telur 🔴 100g cornflakes (diramas kasar) BBQ Cajun Sos 🔴 4 sdb BBQ sos 🔴 2 sdk madu 🔴 1 sdk kicap cair 🔴 1 sdk cajun seasoning 🔴 1/2 sdk serbuk paprika 🔴 1/2 sdk serbuk cayenne 🔴 1 ulas bawang putih ( dicincang ) atau boleh ganti garlic powder 🔴 sedikit perahan jus lemon #bbqcajunchicken #cajunchicken #bbqchicken #chickenbbq #bbqsauce #bbq #foodmalaysia #fyp #foodie #TikTokFoodie #tiktokmalaysia @TikTok Malaysia

♬ original sound – syedmunawwar – SYED MUNAWWAR

Sumber: Syed Munawwar via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.