Siakap Keli
Penyokong istimewa Harimau Malaya
Kredit TikTok/@famalaysia

Pemain Harimau Malaya Luang Masa Jumpa Peminat Istimewa Di Qatar

Pemain Harimau Malaya Luang Masa Jumpa Peminat Istimewa Di Qatar

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin sempat meluangkan masa bertemu penyokong istimewa Harimau Malaya di Doha, Qatar.

Video pertemuan istimewa itu telah dikongsikan oleh laman Tiktok FAM sebentar tadi.

Menurut FAM, pertemuan bersama penyokong istimewa, Muhammad Ridzwan Erman Effendi, 27, itu berlaku di hotel penginapan pasukan skuad kebangsaan.

Ridzwan yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan dilihat bersemangat menyarungkan jersi Harimau Malaya sambil ditemani oleh abangnya.

Harimau Malaya jumpa peminat istimewa di Qatar

Dia bersama abangnya, Raff Iskandar Erman Effendi dari Batu Gajah, Perak terbang ke Qatar untuk menyokong Harimau Malaya yang beraksi dalam saingan Piala Asia.

Selain Datuk Hamidin, pertemuan berkenaan turut dihadiri beberapa orang pemain Harimau Malaya dan staf kejurulatihan yang lain.

Antara yang hadir adalah pemain sayap lincah, Faisal Halim serta pertahanan kental, Shahrul Saad.

Bintang Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi juga turut kelihatan meluangkan masa bertemu dengan Ridzwan dan abangnya.

Pemain-pemain lain yang hadir antaranya Afiq Fazail, Daniel Ting dan Syahmi Safari.

Turut berkesempatan bertemu dengan Kim Pan Gon dan pemain Harimau Malaya

Ridzwan dan Raff Iskandar juga berkesempatan mengadakan pertemuan ringkas dengan Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon.

Selain bersalaman, kesemua pemain turut bergambar dengan kedua-dua adik beradik tersebut.

Mereka juga turut dilihat menurunkan tandatangan masing-masing di atas jersi yang dibawa Raff.

Dalam pertemuan itu, Ridzwan menyatakan hasratnya yang mahukan Harimau Malaya memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan seterusnya.

Menurut Ridzwan, jika orang lain mahu melihat Malaysia menang, tetapi baginya, dia mahu mendengar Malaysia menang.

“Macam saya punya ayat. Kalau orang lain datang nak tengok Malaysia menang, tapi saya nak dengar Malaysia menang,” kata Ridzwan lagi.

Malaysia bakal berdepan Bahrain dalam perlawanan kumpulan kedua Sabtu ini pada jam 10..30 malam waktu Malaysia.

BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum

@famalaysia_

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin; ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon serta para pemain skuad Harimau Malaya menyantuni Muhammad Ridzwan Erman Effendi, penyokong istimewa Harimau Malaya yang cacat penglihatan di hotel penginapan pasukan di Doha, Qatar sebelum mereka ke padang latihan, petang tadi. Ridzwan, 27, yang ditemani abangnya, Raff Iskandar Erman Effendi terbang ke Qatar bagi memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya bagi saingan Piala Asia 2023. #FAM #HarimauMalaya #AsianCup2023 #SukanDiTikTok

♬ original sound – FAMalaysia – FAMalaysia

Sumber: TikTok/@famalaysia_

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka