Siakap Keli
th tawaran haji 2024
Gambar: Bernama

Surat Tawaran Haji Akan Mula Dikeluarkan Hari Ini – TH

Surat Tawaran Haji Akan Mula Dikeluarkan Hari Ini – TH

KUALA LUMPUR — Surat tawaran haji kepada jemaah terpilih bagi musim 1445 Hijrah atau 2024 masihi akan mula dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, lapor Bernama.

Dalam laporan Astro Awani juga melaporkan, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pengawai Eksekutif Tabung Haji, Syed Hamadah Syed Othman mengumumkannya dalam satu sidang media diadakan di Dewan Besar, Menara TH.

“Sukacita saya ingin mengumumkan bahawa Tabung Haji akan mula mengeluarkan surat tawaran haji kepada 31,600 jemaah haji bagi tahun 1445 Hijrah bersamaan 2024 Masihi bermula pada hari ini,” katanya.

BACA: Ini Kenyataan Yayasan Nurjiwa & Siti Nurhaliza Tentang Isu Konsert

Tambahnya, bakal haji yang menerima surat tawaran tersebut perlu menjawabnya dalam tempoh 11 hari bekerja.

“Bakal jemaah perlu mencukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh 11 bekerja melalui aplikasi THiJARI.

“Bakal jemaah juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan Tabung Haji yang berdekatan untuk kes-kes tertentu,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebanyak 31,600 orang rakyat Malaysia dibenarkan melakukan Rukun Islam kelima itu tahun ini.

Ia selepas kerajaan Arab Saudi menetapkan jumlah kouta tersebut. Difahamkan, jumlah tersebut adalah sama pada tahun 2023.

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

Pada sidang media hari ini juga TH  bakal mengumumkan kos atau perbelanjaan musim haji kali ini. Tahun lalu, kos haji adalah sebanyak RM30,850.

Berlaku Kenaikan Tahun Ini – TH

Lembaga itu sebelum ini memaklumkan kos perbelanjaan akan berlaku kenaikan dan ia berada di luar kawalan mereka.

Kebiasaannya, inflasi dengan pelaksanaan cukai nilai tambah (VAT) di Arab Saudi dan pergerakan mata wang asing di antara ringgit, riyal dan dolar Amerika Syarikat antara faktor yang mendorong peningkatan ini setiap tahun.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Sumber: Bernama, Astro Awani

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?