Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Imigresen Gempur Pangsapuri Baiduri, 561 PATI Ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seramai 561 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu dijalankan di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma.
Perkara itu dikongsikan oleh JIM menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan tersebut.
Menurut JIM, operasi yang bermula pada jam 11.00 malam itu telah diketuai oleh Ketua Pengarah Imigresen, Dato’ Ruslin bin Jusoh.
Operasi tersebut melibatkan lebih 500 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.
Antara agensi yang terlibat termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Operasi berkenaan dijalankan selepas mendapat aduan orang ramai berhubung PATI yang disyaki tinggal di kawasan perumahan tersebut.
Seramai 752 individu telah diperiksa dan PATI yang ditahan dilapor berasal dari beberapa negara.
Antara yang adalah warganegara Bangladesh, Myanmar, Nepal, Indonesia, Pakistan, Sri Lanka, India, Kemboja, Sierra Leone dan Cameroon.
Kesemua mereka dilaporkan berusia dalam lingkungan antara tiga bulan hingga 55 tahun.
Sepanjang operasi itu dijalankan, terdapat warga asing bertindak cuba melarikan diri daripada pemeriksaan pihak berkuasa.
Bagaimanapun, kesemua mereka akhirnya berjaya ditahan oleh anggota operasi yang terlibat.
BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’
“Terdapat warga asing cuba melarikan diri dari anggota operasi dan kawasan serbuan merupakan kawasan jenis pangsapuri yang dihuni hampir 80 peratus oleh warganegara asing.
Kesemua PATI yang ditahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63.
PATI yang ditahan kemudiannya di bawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan dan tindakan lanjut.
BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum
Sumber: Facebook/ Jabatan Imigresen Malaysia