Siakap Keli

Dah Masuk 2024, Masih Ada Sekolah Dinding Papan, Apa KPM Buat?

Aku memang asal dari kawasan luar bandar. Kawasan aku ni taklah maju dan tak juga ketinggalan zaman. Shopping Mall tu memang tak adalah tapi setakat restoran makanan segera tu ada lah satu, dua jenama yang masuk. Di kawasan aku juga ada banyak kampung orang asli dan kampung-kampung di kawasan pedalaman.

Bila aku tengok kemudahan di kebanyakkan kampung-kampung tersebut terutamanya sekolah, ada beberapa  sekolah (tak semua) masih lagi kategori sekolah daif. Masih lagi berdinding dan lantai papan. Pelik jugak, dah 2024 masih lagi ada sekolah sebegini. Aku tak nak buat tuduhan melulu, aku buat sedikit carian di google dan ini yang aku jumpa.

 

Menurut laporan beberapa portal berita, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dah mengesan lebih 830 buah sekolah daif untuk dibangunkan sejak Januari 2023 lagi. Rupanya memang dah ada langkah proaktif untuk pembangunan sekolah daif ni. KPM letakkan sekolah-sekolah ini mengikut skala 1 hingga 7. Sekolah yang berskala 1 hingga 5 adalah sekolah yang perlu diselenggara mengikut keperluan, manakala skala 6 & 7 adalah sekolah yang perlu diberi keutamaan untuk pembangunan semula.

 

Jadi, dekat sini memang dah ada tindakan dari KPM nak selesaikan masalah sekolah daif ni. Bila aku periksa semula pembentangan Belanjawan 2024, memang ada RM930 juta peruntukkan khas untuk pembangunan sekolah daif yang diumum oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi, kawasan aku ni memang menunggu giliran je la untuk terima peruntukan menaik taraf sekolah daif.

 

Setakat bulan Januari 2024, status terkini pelaksanaan projek adalah 693 sekolah daif sudah siap, manakala 150 lagi dalam proses pembinaan dan 226 masih di peringkat prabina. Mane aku dapat info ni? Ade dashboard kot kat website KPM tu…bila-bila masa je kite boleh tengok. Jelas, KPM mengambil serius isu sekolah daif ini demi memberikan kemudahan murid menuntut ilmu dengan selamat dan selesa.

 

Masih ingat tak kisah tular Guru Besar SK Ulu Ansuan, Telupid Sabah terpaksa tidur dalam stor kerana tiada kediaman? KPM telah bertindak pantas dengan meluluskan pembinaan blok akademik serta pentadbiran dan beberapa kemudahan lain. Dalam Belanjawan 2024 juga kerajaan meluluskan bajet untuk membina kuarters baharu di sekolah tersebut.

 

Memang jelas terbukti, kerajaan khususnya KPM memandang serius masalah sekolah daif ini dan mengambil tindakan pantas menyelesaikannya mengikut keperluan. Belanjawan 2024 juga sekali lagi menyaksikan sekolah-daif menjadi perhatian kerajaan dengan menyediakan peruntukan khusus. Sebanyak 73 projek baru telah diluluskan tahun ini untuk dilaksanakan dengan kos sebanyak RM1.796 bilion…banyak tu! Untuk maklumat lanjut mengenai usaha dan inisiatif KPM boleh follow di Facebook, Instagram, X dan Youtube

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)