Siakap Keli
anwar pilihan raya
Kredit: BERNAMA

‘Saya Cabar Anwar Adakan Pilihan Raya’ – Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan kuasa dan mencabar untuknya mengadakan pilihan raya bagi mengetahui suara dan sokongan rakyat terhadapnya.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata sekiranya beliau melakukan kesalahan tersebut, pilihan raya baharu akan diadakan dalam masa terdekat.

Anwar didakwa menyalahgunakan kuasa dengan menyiasat pihak yang kemungkinan menggugat kedudukannya, menurut Tun Mahathir.

“Saya menang lima pilihan raya dengan majoriti dua per tiga. Rakyat ada peluang untuk menukar saya (tetapi) tak berlaku. Kalau saya menyalahgunakan kedudukan, saya akan buat satu pilihan raya.

“Jadi saya cabar Anwar untuk adakan satu pilihan raya umum hari ini, sama ada dia berani atau tidak untuk melihat apa yang rakyat akan katakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpunan Perdana di Putrajaya pada Isnin.

Sementara itu, dalam perkembangan lain berkenaan negara, penganjuran sebarang program menjelang dan pada Ramadan hendaklah menjurus ke arah membina dan menambah ketakwaan kepada umat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata pihak penganjur perlu lebih sensitif dalam menganjurkan sebarang program dengan mengambil kira kepentingan dan kesucian agama Islam terutama dalam suasana menyambut ketibaan Ramadan.

Sumber: Sinar Harian

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana