Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Lemas Terjatuh Rumah Bot Di Tasik Temenggor 

Iqbal Yasir
lelaki lemas rumah bot
Gambar: JBPM

Lelaki Lemas Terjatuh Rumah Bot Di Tasik Temenggor

lPOH, 24 Jan (Bernama) — Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari rumah bot di Tasik Temenggor dekat Gerik, dalam kejadian petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata Muhamad Zulfaqar Zulkarnaen, 33, ditemukan lemas kira-kira 11.25 malam tadi.

Beliau berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.20 petang dan tiba di lokasi pada 7.56 malam.

BACA: Dua Pemancing Sudah Berbaik, Perselisihan Faham Selesai

“Mangsa yang merupakan anak kepada seorang anggota bomba di Gerik dilaporkan terjatuh dari rumah bot kecil semasa mahu menambat tali sauh di tasik berkenaan.

“Sebanyak 31 orang terlibat dalam operasi tersebut terdiri daripada bomba, polis, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Sukarelawan Malaysia serta orang awam dengan kekuatan logistik menggunakan tujuh buah bot,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 12.30 tengah malam.

Sumber: BERNAMA