Siakap Keli
cara makan dendeng nyet
Gambar: X @khairulaming

Khairul Aming Kongsi Cara Makan & Simpan Dendeng Nyet Berapi

Khairul Aming Kongsi Cara Makan & Simpan Dendeng Nyet Berapi

Selepas mengumumkan bakal melancarkan produk baharu, Dendang Nyet Berapi, Pempengaruh dan Usahawan, Khairul Aming (KA) hari ini berkongsi cara memakan dan menyimpan produk keduanya itu.

Lelaki berusia 32 tahun itu berkongsi ‘rahsia’ penggunaan produk terbaharunya itu dalam satu hantaran di platform X.

Menurutnya, Dendeng Nyet Berapi yang bakal dilancarkan pada Jumaat itu mampu bertahan sehingga satu tahun meskipun diletakkan di suhu bilik.

Gambar: X @khairulaming

Mesra Hidangan

Gambar: X @khairulaming

So jangan risau, nak makan koyakkan saja. Tapi kalau nak lagi sedap, rendam sekejap dalam air panas supaya naik lagi aroma Dendeng tu.

So, nak makan boleh makan dengan nasi putih dan telur mata simple macam ni pun dah sedap. Berpinggan-pinggan nasi boleh makan nanti atau pun boleh buat nasi goreng.

“Haa biasa kita buat nasi goreng Nyet kan? Kali ni, kita tambah nasi goreng Dendeng Nyet sekali dekat dalam. Rasa dia memang sedap ok. Perfect untuk makan sahur bulan puasa nanti.

So, untuk akak-akak yang suka masak ayam gulai dekat rumah, haa jangan risau, Dendeng boleh makan dengan semua lauk. Nak makan dengan ayam masak lemak boleh, sup boleh, kari pun boleh juga.

“Lepastu tiba-tiba mengidam nak makan buburkan boleh nak masak rumah ataupun beli dekat tepi jalan, letak je Dendeng sebagai topping dekat atas. Terus kick kita punya rasa bubur tu,” katanya dalam video tersebut.

BACA: Khairul Aming Lancar Produk Kedua Selepas Sambal Nyet 2 Februari Ini

Cara Simpan Dendeng Nyet Berapi

Gambar: X @khairulaming

Tambahnya lagi, sekiranya sepaket Dendeng Nyet tidak dapat dihabiskan dalam satu masa, pengguna boleh menyimpannya di dalam bekas tertutup dan masukkan dalam tempat sejuk beku (freezer).

“Jangan risau, boleh lipat je packaging tu letak dalam bekas tutup dan simpan dalam freezer. Insya-Allah dia tahan lama. Haa nak makan balik nanti, panaskan balik sahaja,” ujarnya lagi.

Dendeng Berapi Nyet

Semalam, KA mengumumkan bakal melancarkan produk terbaharunya pada 2 Februari ini. Difahamkan, ia bakal dijual menerusi siaran langsung (Live) di platform TikTok rasmi @Khairulaming pada jam 9 malam.

Katanya, sebanyak 80,000 unit produk terbaharu itu bakal dijual pada hari berkenaan.

Sumber: X @khairulaming

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?