Siakap Keli
david beckham datang Malaysia
Gambar: Instagram David Beckham

David Beckham Datang Malaysia, Segak Bergambar Depan KLCC

David Beckham Datang Malaysia, Segak Bergambar Depan KLCC

KUALA LUMPUR —  Bintang bola sepak dan legenda Manchester United, David Beckham menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur hari ini.

Ikon bola sepak itu dalam satu muat naik di Instagram rasmi miliknya dilihat bergambar berlatarbelakang pemandangan bangunan ikonik Malaysia, Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Dia menzahirkan rasa kagum melihat pemandangan yang terdapat ibu kota itu.

“Wow…pemandangan yang mengagumkan di bandar Malaysia (Kuala Lumpur),” tulisnya di platform tersebut.

Difahamkan, kehadiran Beckham, 48, di Kuala Lumpur adalah bagi menghadiri satu acara di The Exchange TRX, esok.

https://www.instagram.com/p/C2xJSfuIXHb/

BACA: Tiada Perbincangan Bawa Kembali Perlumbaan F1 Ke Malaysia – Petronas

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan dalam masa yang sama teruja melihat bintang bola sepak itu kini berada di Kuala Lumpur.

“Astaga der bagitau la datang nanti aku boleh pergi amik ko bawak jalan-jalan makan der,” kata seorang netizen.

“Jemput la datang rumah esok makan-makan sambal udang.. berserta dessert lompat tikam.. takkan tidak ekkkkk, ” kata seorang lagi netizen.

Sebelum ini, Beckham telah tiba di Bangkok, Thailand bagi menghadiri satu acara di pusat beli-belah CentralWorld pada 30 Januari lalu, lapor The Thaiger.

Kunjungan bintang bola sepak itu meraih perhatian orang ramai yang tidak melepaskan peluang bertemu dengan sosok itu.

David Beckham, Si “Master Class” Sepakan Percuma

Terkenal dengan ketepatan hantaran dan pakar sepakan percuma, David Beckham dilahirkan pada 2 Mei 1975 serta membesar di Leystonstone, England, lapor Football History.

Minatnya dalam sukan bola sepak sejak di usia muda membawanya ke sebuah akademi bola sepak tempatan Ridgeway Rovers.

Pada 1991, pemain berdarah England itu menyertai Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United. Dia mula membuat debut profesional pada 1992 dan meraih pelbagai trofi bersama United.

Pada 2003, Beckham telah mengubah angin dengan menyertai kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid sebelum menyertai AC Milan secara pinjaman selama dua tahun.

Pada 2013, dia telah mengikat kontrak bersama Paris Saint-Germain (PSG) selama lima bulan. dan pada penghujung musim, Beckham mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak.

Sepanjang bergelar pemain profesional, Beckham telah membuat 523 penampilan bersama kelab (97 gol) dan 115 penampilan bersama skuad kebangsaan England (17 gol).

Sumber: Instagram David Beckham

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?