Siakap Keli
safee sali autograf beckham
Gambar: Astro Arena

Safee Sali Tak Lepaskan Peluang Dapatkan Autograf Beckham

Safee Sali Tak Lepaskan Peluang Dapatkan Autograf Beckham

Bekas penyerang legenda Harimau Malaya, Safee Sali tidak melepaskan peluang bertemu dengan ikon bola sepak dunia, David Beckham di ibu kota hari ini.

Menurut Astro Arena, Safee tidak ketinggalan berbual secara eksklusif dan mendapatkan tanda tangan daripada bintang bola sepak itu sebagai kenangan dalam pertemuan tersebut.

Dalam klip berdurasi enam saat, Beckham dilihat memberikan tanda tangan di atas baju yang dipakai oleh legenda Selangor itu.

Legenda Manchester United itu sempat meluangkan masa bertemu dengan peminat di Kuala Lumpur. Difahamkan, Beckham tiba di negara bagi menghadiri acara jenama pakaian terkemuka.

BACA: Bapa Kandung Tidak Mengaku Salah Rogol Anak 16 Tahun

Beckham ‘Jejak Kaki’ Di KL 

Semalam, bekas pemenang treble bersama The Red Devils itu dilaporkan tiba di Kuala Lumpur.

Dalam satu muat naik di Instagram rasmi miliknya, Beckham dilihat bergambar berlatarbelakang pemandangan bangunan ikonik Malaysia, Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Dia menzahirkan rasa kagum melihat pemandangan yang terdapat ibu kota itu.

“Wow…pemandangan yang mengagumkan di bandar Malaysia (Kuala Lumpur),” tulisnya di platform tersebut.

Difahamkan, kehadiran Beckham, 48, di Kuala Lumpur adalah bagi menghadiri satu acara di The Exchange TRX.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan dalam masa yang sama teruja melihat bintang bola sepak itu kini berada di Kuala Lumpur.

“Astaga der bagitau la datang nanti aku boleh pergi amik ko bawak jalan-jalan makan der,” kata seorang netizen.

“Jemput la datang rumah esok makan-makan sambal udang.. berserta dessert lompat tikam.. takkan tidak ekkkkk, ” kata seorang lagi netizen.

Dah Pergi Thailand

Sebelum ini, Beckham telah tiba di Bangkok, Thailand bagi menghadiri satu acara di pusat beli-belah CentralWorld pada 30 Januari lalu, lapor The Thaiger.

Kunjungan bintang bola sepak itu meraih perhatian orang ramai yang tidak melepaskan peluang bertemu dengan sosok itu.

Sumber: Stadium Astro

BACA JUGA: David Beckham Datang Malaysia, Segak Bergambar Depan KLCC

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?