Siakap Keli
cara bersihkan tilam
Gambar: Learn to cook via Facebook

Cara Bersihkan Tilam, Campur Bahan-Bahan Ni Je!

Cara Bersihkan Tilam, Campur Bahan-Bahan Ni Je!

Tilam merupakan sesuatu yang sering digunakan oleg orang ramai, lebih-lebih lagi kerana ia merupakan tempat di mana kebanyakan orang akan tidur di atasnya.

Apabila anda sedang bekerja, belajar, membuat tugasan kumpulan, pastinya akan ada waktu di mana anda tiba-tiba teringatkan tilam anda. Pada waktu itu, apa yang diingini adalah untuk pulang ke rumah dan rebahkan diri di atas tilam anda itu, kan?

Tilam sentiasa digunakan dan ia bermakna tilam itu juga akan mempunyai bau hapak ataupun kotoran. Kalau cadar tilam, senanglah nak dicuci. Namun, mencuci tilam bukanlah sesuatu yang mudah.

Terutama sekali sekiranya tilam anda itu bersaiz besar dan amat berat untuk diangkat. Jadi, untuk bersihkan tilam anda, anda boleh ikuti cara di bawah ini.

BACA: Beberapa Cara Nak Bersihkan Rumah Dengan Pantas Walaupun Sibuk

Cara Bersihkan Tilam Kotor

Kalau nak tahu, mudah saja sebenarnya untuk bersihkan tilam anda. Anda hanya perlu bancuhkan beberapa pencuci saja.

Mula-mula, anda sediakan bekas untuk anda letakkan pencuci-pencuci yang diperlukan terlebih dahulu. Selepas itu, anda masukkan satu cawan pencuci lantai, satu cawan pencuci pakaian jenis cecair, satu penutup pelembut fabrik dan juga satu sudu besar soda bikarbonat.

Bahan-bahan yang dicampur itu anda harus gaulkan sehingga ia sebati. Kemudian, anda rendamkan kain yang digunakan untuk mengelap kotoran ke dalam bekas tersebut.

Selepas itu, anda lebarkan kain di atas permukaan tilam yang kotor. Pastikan cadar tilam telah pun dibuka dulu.

Di atas kain itu, anda letakkan satu penutup periuk dan balutkan penutup tersebut dengan kain itu. Ini untuk memudahkan anda untuk menyental kotoran pada tilam kerana penutup itu mempunyai pemegangnya.

Seterusnya, anda sentalkan kain itu kepada kotoran yang ingin dibersihkan. Lakukannya sehingga kotoran hilang.

Apabila anda selesai menyental kain tersebut, anda akan mendapati bahawa segala kotoran pada tilam anda itu telah melekat pada kain itu.

Dah bersih tilam anda! Barulah anda boleh tidur dengan tenang apabila tilam anda sudah bersih dan wangi!

Sumber: Learn to cook

Nurul Alya