Kreatif! Majlis Persaraan Guru Bertemakan Percutian
Setiap kali sebuah sekolah itu melakukan majlis-majlis seperti Majlis Persaraan Guru, pasti ia akan mempunyai tema tersendiri ataupun ia tidak mempunyai sebarang tema.
Kebiasannya, majlis tersebut mungkin disambut secara bersederhana di sekolah masing-masing beserta makanan ringan yang disediakan, persembahan dari guru-guru yang lain ataupun murid-murid, dan juga ucapan dari guru yang akan bersara itu.
Namun, baru-baru ini tular di media sosial sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau SJKC telah melakukan Majlis Persaraan Guru yang sangat unik!
Meskipun majlis itu hanya diadakan di sekolah tersebut tetapi ia disambut meriah bertemakan percutian di mana sesetengah para guru menjadi pramugari dan juga juruterbang.
Sebuah video yang menunjukkan suasana ketika majlis itu dijalankan telah menjadi tular selepas dimuat naik di platform TikTok.
‘Ada Skylift‘
Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa keunikan yang telah dilakukan untuk menampakkan tema percutian bagi majlis tersebut.
Video itu menunjukkan sebuah Skylift, kaunter tiket seperti di KLIA, pasport dan tiket untuk para tetamu yang hadir, tempat untuk melakukan check-in dan tempat security check.

Selain daripada itu, guru-guru sekolah tersebut juga berpakaian seperti pramugari dan juga kapten juruterbang.
Dewan terbuka yang digunakan bagi majlis tersebut juga dihiasi dengan sebuah kadbod kapal terbang untuk memberikan gambaran berada di dalam flight.
Ketika majlis berlangsung, guru-guru yang menjadi pramugari turut melakukan Saftey Briefing yang sering dilakukan oleh para pramugari di syarikat penerbangan.
Selain itu, murid-murid juga turut menjadi pramugari dan memberikan snek dan juga air kepada tetamu yang hadir. Mereka menggunakan meja troli untuk memberikan makanan dan air tersebut. Benar-benar macam dalam flight!
Untuk memeriahkan lagi suasana majlis tersebut, persembahan daripada murid-murid juga diadakan. Menerusi video itu, jelaslah mereka semua sedang bergembira dan menikmati majlis itu.
Murid-murid juga berkesempatan untuk bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar mereka.
Majlis Persaraan Guru itu dimeriahkan lagi apabila Guru Besar sekolah tersebut menaiki Skylift sambil melambai kepada murid-murid dan guru-guru di bawah. Tidak ketinggalan, guru-guru yang lain pun mengambil peluang untuk menaiki Skylift tersebut.

Meriah sungguh Majlis Persaraan Guru di SJKC itu kan? Agak-agak, akan ada lagi tak majlis yang penuh kreativiti ini?
@rumoh.kome Majlis persaraan guru besar sekolah kome. Disebabkan GB kome ni suka p holiday, so sekolah decide utk buat tema percutian.🥰 #fyp #gurubesar #majlispersaraan #temapencen #temahariguru #hariguru #ideahariguru #pencen #majlissekolah #sekolah #sjkckuanghwa
Sumber: rumah.kome via TikTok
BACA JUGA: Terjual Dalam Masa 3 Minit, Dendeng Nyet Berapi Telah Di ‘Shipped Out’