Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
masak nasi solid fuel
Gambar: Aqila via TikTok

Masak Nasi Guna ‘Solid Fuel’, Mudah Dibawa Ketika Berkelah

Nurul Alya

Masak Nasi Guna ‘Solid Fuel’, Mudah Dibawa Ketika Berkelah

Dapur mudah alih, makanan dalam tin, pembuka tin, khemah, mi segera, pinggan mangkuk dan cawan, itu merupakan barang-barang yang diperlukan ketika anda pergi berkhemah.

Aktiviti berkhemah ini selalunya dilakukan pada waktu lapang bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Sekali-sekala menikmati keindahan alam sekitar, apa salahnya kan?

Benda paling penting yang perlu dibawa ketika berkhemah sudah tentulah barangan untuk memasak seperti dapur mudah alih.

Tapi, apa yang anda perlu lakukan sekiranya gas yang dibawa tidak mencukupi? Macam mana pula anda nak masak nanti?

Kalau anda risau mengenai kehabisan gas, maksudnya anda perlu bawa satu lagi barang yang boleh menyelamatkan anda nanti, iaitu bahan api pepejal (solid fuel). Tak tahu cara gunakannya untuk masak nasi? Jangan risau, anda boleh belajar bersama-sama!

Masak Guna Solid Fuel

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Aqilah (@aql.k_)di TikTok, mudah saja sebenarnya cara untuk masak nasi menggunakan solid fuel ini.

Anda cuma perlukan bekas messtin, solid fuel, beras dan air yang secukupnya untuk masak nasi. Jangan lupa metal cooker ya! Kalau tidak macam mana anda nak masak nanti?

Mula-mula, anda masukkan beras ke dalam bekas messtin yang kecil dan masukkan air mengikut sukatan yang bersesuaian.

Selepas itu, anda ambil dua ketul solid fuel dan bakar sehingga ia keluar api. Seterusnya, letakkan solid fuel yang sudah dibakar itu ke atas metal cooker.

Kemudian, letakkan bekas messtin yang mengandungi beras ke atas metal cooker. Tutup bekas yang kecil itu mengggunakan bekas messtin yang lebih besar.

Tunggu sehingga kedua-dua solid fuel habis digunakan dan barulah anda buka penutup untuk melihat keadaan nasi.

Kais nasi menggunakan sudu atau senduk supaya anda dapat pastikan nasi anda itu sudah masak sepenuhnya.

Apabila nasi sudah masak, anda bolehlah menjamu selera dengan lauk yang anda telah sediakan!

Mudahkan cara nak gunakan solid fuel ini? Ia juga amatlah berguna. Jadi, jika anda pergi berkhemah, sediakan solid fuel supaya anda tidaklah terpinga-pinga sekiranya gas dapur mudah alih anda habis.

Sumber: Aqila via TikTok

BACA JUGA: Kreatif! Majlis Persaraan Guru Besar Bertemakan Percutian