Siakap Keli
klopp tak salahkan pemain
Gambar: Ian Kington / IKIMAGES / AFP & AFP

Dibantai Arsenal, Klopp Tak Salahkan Pemain

Dibantai Arsenal, Klopp Tak Salahkan Pemain

LONDON — Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak menyalahkan Alisson Becker dan Virgil Van Dijk atas kesilapan mereka selepas pasukannya tewas 1-3 dalam perlawanan liga menentang Arsenal semalam.

Jurulatih dari Jerman itu menegaskan bahawa sekiranya gol kedua itu tidak dilepaskan, keputusan mungkin berbeza. Bagaimanapun, ia sudah terjadi dan perlu diterima.

“Kesilapan itu menunjukkan mereka juga adalah manusia dan itu adalah perkara biasa,” katanya.

Dia juga sejujurnya mahu melihat kedudukan terikat 1-1 lebih lama, lebih-lebih lagi Liverpool tidak mempunyai sepakan tepat ke gawang Arsenal namun mampu menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

Gambar: Ian Kington / IKIMAGES / AFP

BACA: Boss Mario Tak Hilang, Sedang Dapatkan Rawatan Di Hospital Swasta

“Separuh masa kedua, kami telah melepaskan gol dan itu merugikan kami. Ia juga menunjukkan kami juga manusia biasa,” kata Klopp kepada BBC.

Klopp berkata demikian ketika sidang media selepas perlawanan berkenaan dan dia menyatakan The Reds akan kekal yakin dalam apa yang dilakukan oleh pasukan untuk perlawanan seterusnya.

“Dengan pemain sedia ada, kami boleh bermain bola sepak dengan lebih baik. Itulah yang kami mahukan dan kami akan lakukan dengan lebih baik selepas ini,” katanya lagi.

klopp gol kedua arsenal
Gambar: AFP

Van Dijk Mohon Maaf

Dalam pada itu, tonggak utama dan Kapten Liverpool, Virgil van Dijk mengakui gol kedua akibat salah fahamnya dan penjaga gol telah merugikan pasukan.

Pemain berdarah Belanda itu memohon maaf dalam satu temu bual ringkas selepas pasukan itu tewas di tangan The Gunners.

BACA: Liverpool Sambut United Dengan 57,000 Penonton Di Anfield

Selepas 23 perlawanan, Liverpool mengumpul 51 mata daripada 15 kemenangan, enam seri dan dua kekalahan. Meskipun tewas dalam perlawanan semalam, The Reds masih mengungguli takhta Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sementara itu, Arsenal di tangga kedua merapatkan jurang mata dengan 49 mata selepas mengutip tiga mata dalam perlawanan semalam.

BACA JUGA: Liverpool Diramal Hanya Ada Peluang 9% Menang EPL & Arsenal 5%, MU & Chelsea Tak Nampak ‘Bayang’

Sumber: This is Anfield 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.