Siakap Keli
hukuman pengurangan najib
Gambar: Bernama

Keputusan Pengurangan Hukuman Najib: PM Anwar Mahu Kritikan, Kecaman Dihentikan

Keputusan Pengurangan Hukuman Najib: PM Anwar Mahu Kritikan, Kecaman Dihentikan

PUTRAJAYA, 5 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya semua kritikan dan kecaman berhubung keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dihentikan.

Anwar turut menggesa agar keputusan itu dihormati kerana ia bukan sahaja dibuat berlandaskan undang-undang, malah atas belas ihsan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

“Pertimbangan utamanya adalah soal ihsan, belas kasihan atau apa yang disebut oleh bekas Yang di- Pertuan Agong  itu sebagai mercu keihsanan atau ‘fountain of mercy’.

“Sama ada Yang di-Pertuan Agong memilih untuk memberikan penjelasan atau tidak, itu wawenang (hak) Tuanku,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dewan De’Seri Endon, Puspanitapuri hari ini.

Anwar menjelaskan demikian berhubung keputusan Lembaga Pengampunan yang memberikan pengurangan 50 peratus bagi tempoh hukuman penjara dan denda yang perlu dibayar oleh Najib.

Sumber: BERNAMA

BACA: Najib Dibebaskan Ogos 2028, Denda Dikurangkan Kepada RM50 Juta

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?