Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
lembaga pengampunan malaysia
Gambar: Bernama

Kenali Lembaga Pengampunan Di Malaysia

Iqbal Yasir

Kenali Lembaga Pengampunan Di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentabiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Sistem pemerintahan negara terbahagi kepada tiga bidang kuasa iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran). Perlembagaan.

Disebabkan itu, setiap undang-undang atau dasar perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu sebelum dikuatkuasakan.

Mana-mana individu yang didapati melanggar etika atau sistem perundangan akan dibicarakan di bawah bidang kehakiman. Lebih-lebih lagi baru-baru ini isu pengampunan menjadi topik hangat di media sosial.

Sehubungan itu, SK akan berkongsi kepada ramai untuk mengenali siapa dan fungsi Lembaga Pengampunan Malaysia.

Apa itu Lembaga Pengampunan

Gambar: Bernama

Di setiap negeri mempunyai Lembaga Pengampunan tersendiri iaitu Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya.

Bagi Wilayah Persekutuan, ia berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

BACA: Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam Dibayar 23 Feb Ini – PM Anwar

Perkara ini dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 42 (1).

Mengikut Fasal (10) dan tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan yang berhubungan dengan peremitan hukuman kerana kelakuan baik atau khidmat khas, apa-apa kuasa yang diberikan oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri bagi meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman bagi apa-apa kesalahan bolehlah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong jika hukuman itu telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau oleh mahkamah sivil yang menjalankan bidang kuasa di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, dan dalam apa-apa hal lain, kuasa itu bolehlah dijalankan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri tempat kesalahan itu telah dilakukan.

Dalam Perkara 42 (3) pula menyatakan jika sesuatu kesalahan telah dilakukan keseluruhannya atau sebahagiannya di luar Persekutuan atau di lebih daripada satu Negeri atau dalam hal keadaan yang boleh menimbulkan keraguan di mana kesalahan itu telah dilakukan, maka bagi maksud Perkara ini kesalahan itu hendaklah dikira telah dilakukan di Negeri tempat kesalahan itu telah dibicarakan. Bagi maksud Fasal ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah masing-masingnya dikira sebagai suatu Negeri.

BACA JUGA: MPK Kini Dikenali Sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang

Siapakah Ahli Lembaga Pengampunan

Gambar: Bernama

Lembaga Pengampunan sebenarnya terdiri daripada lima anggota iaitu Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri dan maksimum tiga anggota yang dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri kecuali Wilayah Persekutuan.

Dalam Perkara 42 (6), anggota-anggota Lembaga Pengampunan yang dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah dilantik bagi tempoh selama tiga tahun dan layak dilantik semula, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan sebagai anggota Lembaga.

Walau bagaimanapun, seseorang ahli Dewan Undangan sesuatu Negeri atau ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri untuk menjadi anggota Lembaga Pengampunan atau untuk menjalankan buat sementara fungsi anggota Lembaga.

Peranan Anggota Lembaga Pengampunan

Dalam Perkara 42 (5) menjelaskan bagi Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa melalui surat cara secara bertulis mewakilkan fungsinya sebagai anggota Lembaga itu kepada mana-mana orang lain, dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri boleh melantik mana-mana orang untuk menjalankan buat sementara fungsi mana-mana anggota Lembaga yang dilantik olehnya yang tidak hadir atau tidak dapat menjalankan fungsinya.

BACA JUGA: Mizz Nina Tarik Balik Kes Penjagaan Penuh Musa

Dalam setiap mesyuarat Lembaga Pengampunan, ia hendaklah dipengerusikan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

Selain itu, lembaga ini berperanan dalam menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu sebelum memberikan nasihat mengenai perkara berkenaan.

Pengampunan Kepada Pesalah

Bagi Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah atau Sarawak atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya (tidak mempunyai raja atau sultan) Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua agama Islam di dalam Negeri itu mempunyai kuasa untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan, atau untuk meremitkan, menggantung atau meringankan, hukuman yang dikenakan oleh mana-mana mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal selia hal ehwal agama Islam

Di samping itu, perkara 42 (11) memaklumkan bagi maksud perkara ini, maka hendaklah ditubuhkan Lembaga Pengampunan tunggal bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan peruntukan Fasal (5), (6), (7), (8) dan (9) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi Lembaga Pengampunan di bawah Fasal ini kecuali bahawa sebutan mengenai “Raja atau Yang di-Pertua Negeri” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong dan sebutan mengenai “Ketua Menteri Negeri itu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sumber: Perlembagaan Persekutuan, Parlimen Malaysia